English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

  • welcome 2018 12
  • ecofi
  • TISSAUUMCOB
  • SBMcob
  • stmlcob1
  • sefbcob
  • ibscob1
  • ppaCOB
  • aacsbcob

NEWS AND BULLETIN

  1. SKPSA2019 Wadah Pentadbir Awam Bawa Tadbir Urus Awam Lebih Telus Dan Berkesan
    Wednesday, 31 July 2019

    skpsaJohor - "Sebagai pentadbir awam, adakah kita telah menjalankan peranan dengan sempurna dalam meni...

    (264)
    Read more ...
  2. SEFB International Summer School 2019 Tingkat Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar PSU, Thailand
    Wednesday, 31 July 2019

    psuMasalah bahasa tidak menjadi halangan kepada 59 pelajar Prince of Songkla University (PSU), Thail...

    (136)
    Read more ...
  3. EDBM Pertingkat Kemahiran Kepengurusan Golongan Pengurusan Pertengahan
    Wednesday, 31 July 2019

    edbmDalam mendepani persekitaran dan cabaran pengurusan yang semakin kritikal setiap hari, kemahiran ...

    (149)
    Read more ...
  4. 2019 AACSB INFLUENTIAL LEADER KONGSI ILMU DAN PENGALAMAN KEPIMPINAN
    Monday, 20 May 2019

    raja azura aacsbAlumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Raja Azura Raja Mahyuddin telah berkongsi ilmu dan pengal...

    (140)
    Read more ...
  5. BGS UUM Terima Anugerah Best Practice In Leadership Outstanding Chapter 2019
    Monday, 20 May 2019

    bgs edinBeta Gamma Sigma (BGS) Chapter Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima Best Practice in Le...

    (658)
    Read more ...
  6. Bengkel AACSB Standards: Intellectual Contribution (ICs) Maintenance
    Tuesday, 07 May 2019

    aacsbSetelah mendapat akreditasi AACSB International dengan jayanya pada tahun 2016, UUM kini dalam pr...

    (166)
    Read more ...
  7. PPA COB RAI PELAJAR MOBILITI
    Monday, 18 March 2019

    ppa cob rai pel mobiliti

    Majlis Welcoming dan Homecoming Pelajar Mobiliti UUM COB telah berlangsung pada 15 Mac 2019 bert...

    (1357)
    Read more ...
  8. 2019 INFLUENTIAL LEADER BY AACSB INTERNATIONAL
    Monday, 11 February 2019

    raja azura

    Universiti Utara Malaysia (UUM) Alumnus, Mdm. Raja Azura Raja Mahayuddin was selected as the 201...

    (1340)
    Read more ...
  9. NOVAC KEKAL TAHTA UNGGULI ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK UUM COB 2018
    Sunday, 09 December 2018

    anugerah badan pelajar 2018Kelab Perakaunan atau NOVAC telah diangkat sebagai kelab terbaik bagi tiga tahun berturut-turut s...

    (1344)
    Read more ...
  10. Tahniah Kenaikan Pangkat Staf Akademik UUM COB
    Thursday, 29 November 2018

    tahniah naik pangkat nov 2018

    (1314)
    Read more ...
  11. Produk Inovasi IBS Mendapat Pingat Emas Dan Perak Dalam Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti 2018
    Thursday, 29 November 2018

    PRODUK INOVASI IBSPada 14 hingga 16 November 2018 bertempat di Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah berlangs...

    (1366)
    Read more ...
  12. Alumni UUM COB Kongsi Pengalaman Untuk Majukan Universiti
    Wednesday, 28 November 2018

    ALUMNI2018Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan (PPA COB), Universiti Utara Malaysia (UU...

    (1344)
    Read more ...
  13. Bengkel Pemantapan Proses CIR
    Sunday, 11 November 2018

    cir aacsbDalam usaha mengekalkan status akreditasi AACSB, Unit Akreditasi AACSB, UUM COB telah mengadakan ...

    (1330)
    Read more ...
  14. Islamic Finance Must Embrace Technological Advancement And Innovation
    Monday, 29 October 2018

    ISLAMIC FINANCEThe unprecedented surge of the Fourth Industrial Revolution (IR4.0) has brought many problems and...

    (1268)
    Read more ...
  15. The TISSA-UUM Accounting Programme: First And The Only EPAS Accredited Programme In Malaysia
    Monday, 29 October 2018

    epas awardThe Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy, Universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM) once ...

    (1324)
    Read more ...

dineshMimpi menjadi kenyataan buat Dinesh VM Ramachandran, 23 apabila menjejakkan kaki ke New York, Amerika Syarikat sempena persidangan antarabangsa, Future We Want Model United Nations (FWWMUN), baru-baru ini.

Dinesh mewakili Beta Gamma Sigma UUM Chapter, Universiti Utara Malaysia Model United Nations (UUMUN) dan Malaysia dalam persidangan yang dianjurkan oleh Future We Want Model United Nations Associations (FWWMUNA) di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Saya bertuah terpilih dalam persidangan yang dihadiri kira-kira 2,000 delegasi seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya, warna kulit, bahasa dan kepercayaan namun tidak menjadi penghalang untuk mengenali satu sama lain, kerjasama dan perkongsian idea.

"Kembara sepanjang 3 hari itu memberi pencerahan kepada saya mengenai anak-anak muda yang begitu bijak dan petah berkata-kata melontarkan idea untuk mewujudkan satu resolusi yang berguna untuk diserahkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya," luah siswa Sarjana Muda Kewangan.

Bertemakan Peranan Pemuda dalam Pembangunan Mapan, setiap delegasi berpeluang menyuarakan pendapat, dan berdebat dalam membicarakan isu antarabangsa yang masih tiada solusi dari PBB selain menampilkan pakar untuk membincangkan isu politik dunia dengan lebih mendalam.

Persidangan tiga hari ini melibatkan Jawatankuasa Ekonomi dan Kewangan (ECOFIN), Suruhanjaya mengenai Status Wanita, Perlucutan dan Keselamatan Antarabangsa, Jawatankuasa Sosial, Kemanusiaan dan Kebudayaan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dan Perhimpunan Kesihatan Sedunia.

Dengan memikul harapan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa UUM, Dinesh menerima tugasan mewakili negara Peru dalam isu sanitasi air, pertanian, makanan, keselamatan dan pemakanan.

"Penyediaan kertas kerja yang harus dibentangkan pada persidangan tersebut telah memberi peluang kepada saya untuk bekerjasama dengan delegasi dari Portugal yang juga mempunyai minat yang sama dalam isu tersebut.

"Persidangan memfokuskan agenda 2030 yang diperkenalkan PBB iaitu rangka kerja global baru untuk membantu membasmi kemiskinan dan mencapai pembangunan mampan menjelang 2030.

Tambahnya, pada malam kebudayaan dimeriahkan dengan seni persembahan yang menarik dan unik, setiap delegasi memakai pakaian tradisional yang mempamerkan keaslian mutu dan pakaian negara masing-masing.

Selain itu Dinesh meneroka persekitaran yang indah diliputi salji memutih, melawat Empire State, Central Park, Top of the Rock, Wall Street, Time Square, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Peluang hanya datang sekali seumur hidup, hargai setiap peluang yang di depan mata dan percayalah setiap daripada kita mampu menonjolkan bakat yang terpendam," katanya.

Events

peta

View Us at Google Mapgoogle map

MOBILE QR CODE

Visit UUM COB website 
via mobile smartphone 
or tablet.
<< Scan the
QR
Code 
for
mobile acces

mobileqrcode