English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

  • welcome to cob 2016
  • TISSAUUMCOB
  • SBMcob
  • stmlcob1
  • sefbcob
  • ibscob1
  • aacsbcob

NEWS AND BULLETIN

  1. AACSB accreditation for UUM
    Thursday, 28 May 2020

    vcBy : Prof Dato' Dr Ahmad Bashawir Hj Abdul Ghani

    The process of democratisation of education for ...

    (23)
    Read more ...
  2. SKPSA2019 Wadah Pentadbir Awam Bawa Tadbir Urus Awam Lebih Telus Dan Berkesan
    Wednesday, 31 July 2019

    skpsaJohor - "Sebagai pentadbir awam, adakah kita telah menjalankan peranan dengan sempurna dalam meni...

    (49)
    Read more ...
  3. SEFB International Summer School 2019 Tingkat Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar PSU, Thailand
    Wednesday, 31 July 2019

    psuMasalah bahasa tidak menjadi halangan kepada 59 pelajar Prince of Songkla University (PSU), Thail...

    (24)
    Read more ...
  4. EDBM Pertingkat Kemahiran Kepengurusan Golongan Pengurusan Pertengahan
    Wednesday, 31 July 2019

    edbmDalam mendepani persekitaran dan cabaran pengurusan yang semakin kritikal setiap hari, kemahiran ...

    (15)
    Read more ...
  5. 2019 AACSB INFLUENTIAL LEADER KONGSI ILMU DAN PENGALAMAN KEPIMPINAN
    Monday, 20 May 2019

    raja azura aacsbAlumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Raja Azura Raja Mahyuddin telah berkongsi ilmu dan pengal...

    (21)
    Read more ...
  6. BGS UUM Terima Anugerah Best Practice In Leadership Outstanding Chapter 2019
    Monday, 20 May 2019

    bgs edinBeta Gamma Sigma (BGS) Chapter Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima Best Practice in Le...

    (105)
    Read more ...
  7. Bengkel AACSB Standards: Intellectual Contribution (ICs) Maintenance
    Tuesday, 07 May 2019

    aacsbSetelah mendapat akreditasi AACSB International dengan jayanya pada tahun 2016, UUM kini dalam pr...

    (21)
    Read more ...
  8. PPA COB RAI PELAJAR MOBILITI
    Monday, 18 March 2019

    ppa cob rai pel mobiliti

    Majlis Welcoming dan Homecoming Pelajar Mobiliti UUM COB telah berlangsung pada 15 Mac 2019 bert...

    (1196)
    Read more ...
  9. 2019 INFLUENTIAL LEADER BY AACSB INTERNATIONAL
    Monday, 11 February 2019

    raja azura

    Universiti Utara Malaysia (UUM) Alumnus, Mdm. Raja Azura Raja Mahayuddin was selected as the 201...

    (1174)
    Read more ...
  10. NOVAC KEKAL TAHTA UNGGULI ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK UUM COB 2018
    Sunday, 09 December 2018

    anugerah badan pelajar 2018Kelab Perakaunan atau NOVAC telah diangkat sebagai kelab terbaik bagi tiga tahun berturut-turut s...

    (1178)
    Read more ...
  11. Tahniah Kenaikan Pangkat Staf Akademik UUM COB
    Thursday, 29 November 2018

    tahniah naik pangkat nov 2018

    (1181)
    Read more ...
  12. Produk Inovasi IBS Mendapat Pingat Emas Dan Perak Dalam Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti 2018
    Thursday, 29 November 2018

    PRODUK INOVASI IBSPada 14 hingga 16 November 2018 bertempat di Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah berlangs...

    (1192)
    Read more ...
  13. Alumni UUM COB Kongsi Pengalaman Untuk Majukan Universiti
    Wednesday, 28 November 2018

    ALUMNI2018Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan (PPA COB), Universiti Utara Malaysia (UU...

    (1184)
    Read more ...
  14. Bengkel Pemantapan Proses CIR
    Sunday, 11 November 2018

    cir aacsbDalam usaha mengekalkan status akreditasi AACSB, Unit Akreditasi AACSB, UUM COB telah mengadakan ...

    (1175)
    Read more ...
  15. Islamic Finance Must Embrace Technological Advancement And Innovation
    Monday, 29 October 2018

    ISLAMIC FINANCEThe unprecedented surge of the Fourth Industrial Revolution (IR4.0) has brought many problems and...

    (1171)
    Read more ...

siptik2013

Pada 14 Mei 2013 yang lalu, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dengan kolaborasi Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah menganjurkan Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi & Logistik (SIPTIK) kali ke-4 bertempat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Tema simposium pada kali ini ialah Green Technology, Innovation and Commercialization towards Sustainability. Tujuan utama simposium ini diadakan adalah bagi melahirkan pelajar berjiwa penyelidik yang mampu menggarap, mencetuskan idea, wacana serta pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif.

Simposium kali ini telah di rasmikan oleh Prof. Dr. Rosna Awang Hashim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UUM. Dalam ucapan aluannya, beliau memuji usaha yang telah dilakukan oleh STML ini kerana ia dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar-pelajar apabila bergraduat kelak. Tambah beliau lagi, simposium ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan memantapkan lagi personaliti pelajar di mana dua elemen ini dapat membantu mereka dalam mendapatkan pekerjaan. Di samping itu, beliau juga berharap simposium ini dapat dikembangkan lagi dengan penyertaan dari pusat-pusat pengajian lain pada masa akan datang.


Simposium kali ini telah menjemput beberapa individu yang berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing bagi berkongsi pengalaman mereka seterusnya memberi motivasi kepada pelajar-pelajar STML khususnya dan UUM amnya. Antaranya ialah Dato' Dr. Ghazali Dato' Mohd Yusuff, Prof. Dr Nazily Mohd Nor, Tuan Syed Mudzhar Syed Ali, En Ahmad Zarin Ismail dan En Md Fadzilah Ariffin. Simposium kali ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dr. Guido Schnieders daripada DAAD Jerman yang berbesar hati untuk berkongsi maklumat mengenai pengajian lanjutan yang terdapat di Jerman dan juga usahasama penyelidikan yang boleh dijalankan oleh pensyarah-pensyarah UUM dengan universiti-universiti di sana.Pada simposium kali ini seramai 225 orang pelajar STML telah mengambil bahagian dalam mempamerkan dan membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam pelbagai topik seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Perniagaan Agro, Pembuatan, Pembinaan, Logistik serta Tenaga dan Alam Sekitar. Selain daripada pameran penyelidikan pelajar-pelajar STML, pelbagai aktiviti lain turut dirangka bagi memeriahkan lagi simposium kali ini. Antaranya ialah pameran dan jualan produk daripada industri-industri terpilih seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Koperasi Agro Belantik.

Kemuncak acara dalam simposium kali ini adalah penyampaian felo MIM kepada Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor UUM. Penganugerahan ini adalah bagi mengiktiraf kepimpinan dan pengurusan beliau di dalam memartabatkan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka. Selain itu, beberapa langkah dan pendekatan yang telah diambil oleh beliau menerusi beberapa gerak kerja dan perancangan yang menerapkan halatuju yang jelas dengan mengamalkan 'best management practice' ke arah mewujudkan suasana yang harmoni dan bermotivasi di kalangan kakitangan UUM telah melayakkan beliau untuk mendapat pengiktirafan ini. Penganugerahan felo MIM ini telah disampaikan sendiri oleh CEO FMIM iaitu Prof. Dr Nazily Mohd Nor. Simposium kali ini bukan sahaja berjaya menarik kunjungan pelajar-pelajar UUM, malahan juga pensyarah-pensyarah dan juga pihak industri. Simposium yang berlangsung selama 3 hari ini telah berakhir pada 16 Mei 2013.



  • dasar kualiti
  • dload

    You can download all the related form from related categories




    line uum
  • feedback

    Leave any comments or messages to selected staff by filling the form
    or call hotline : +604-9286513 / +604-9286516



    line uum
  • UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6513/6516
    Fax :+604-9286525 Email:cob@uum.edu.my

     

     

    Connect to:
     googlemapfbyt

    line uum

Events

peta

View Us at Google Mapgoogle map

MOBILE QR CODE

Visit UUM COB website 
via mobile smartphone 
or tablet.
<< Scan the
QR
Code 
for
mobile acces

mobileqrcode