
Sabah - On the seventh year of its organisation, the Public Sector Financial and Auditing Seminar 2018 (SKPSA 2018) organised by the Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA) continued to focus on relevant current issues related to governance in the public sector in the country.
Focusing on consolidating integrity including on matters pertaining to internal control, risk management and detection capabilities and prevention of fraud in the financial affairs of organisation, SKPSA2018 became a platform for academic and industry practitioners to establish co-operation and promote the proliferation of knowledge and experience sharing for three days beginning on 2 July at the Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu.
Dean of TISSA, Assoc. Prof. Dr. Chek Derashid said the public sector needed to be more effective and efficient in supporting the progress and development of the country through a dynamic and sustainable financial governance.
"We also need to be aware of fraud and also the detection and prevention measures because efficient and effective internal controls in managing government resources can help to prevent abuse of power and public finances.
"The issues discussed at this seminar are in line with the current challenging economic environment, followed by the theme which is, Dynamic Governance Creates Goodness, Rejects Disadvantages and Eliminates Harm," said the Dean who represented the Vice-Chancellor during the opening of SKPSA2018.
A total of 190 participants that comprised government officials, accountants and auditors from various public organisations throughout the country attended the seminar which featured speakers such as former Auditor-General, Tan Sri Ambrin Buang; President of Transparency International (M), Dato' Akhbar Sattar; member of the UUM Board of Directors, Mr. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff; Mr. Mohd Zaki Ismail from the National Audit Department; Ustaz Mohd Fadhli Ahmat (Integrity and Standard Compliance Department, IPK Kota Kinabalu) and Mr. Shuhairoz Mohamed Shukeri (Quality and ISO Division, Immigration Department of Malaysia).
Also present was the Director of SKPSA, Dr Rose Shamsiah Samsudin.
2 Julai 2018, Sintok- Satu program yang dinamakan Seminar on Readiness For IR4.0 For Educators disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohamed Amin bin Embi dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan. Program ini mendapat sambutan penyertaan dari 40 orang peserta dari dalam UUM dan juga dari luar UUM seperti Unishams, UNISZA, OUM, POLIMAS dan Kolej Komuniti wilayah utara. Program ini bertempat di Bilik Melaka, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM).
Sepanjang program, para peserta diberi pendedahan tentang aplikasi teknologi terkini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dalam menghadapi Industri 4.0. Usaha ini adalah selari dengan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu critical thinking & problem solving, communication, collaboration dan creativity dalam semua peringkat pengajian. Antara pengisian dalam program tersebut adalah Transformative Teaching-Flipped Classroom 4.0 dan Interactive Lecture Using Technology-enhanced Collaborative Tools.
Hadir merasmikan program ialah Prof. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah selaku Penolong Naib Canselor Kolej Perniagaan merangkap Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Program tamat jam 5.00 petang.
Sumber:SBM Online
Bagi memperkasakan lagi bidang penyelidikan khususnya di persada antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Khon Kaen University (KKU), Thailand telah menjalinkan kerjasama dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) Penyelidikan.
Kedua memorandum tersebut telah ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang mewakili Naib Canselor dan Presiden KKU, Prof Madya Dr Kittichai Triratanasirichai di Balai Tamu, pagi tadi.
Prof Dr Yusnidah dalam ucapannya berkata, sebagai universiti dinamik, KKU telah mengambil inisiatif strategik dengan mewujudkan kerjasama akademik dengan UUM dalam beberapa bidang seperti penyelidikan bersama melalui geran padanan, penerbitan bersama, pertukaran staf akademik, pelantikan sarjana pelawat dan program mobiliti pelajar.
Menurutnya, antara tujuan pemeteraian MoU itu adalah jalinan Program Kerjasama Geran Padanan SBM UUM dan Sekolah Perniagaan Khon Kaen untuk menyediakan sokongan awal kepada fakulti atau pusat pengajian memulakan projek penyelidikan secara bersama dalam bidang baharu.
"Selain itu, kita akan mewujudkan program latihan penyelidikan dan penyelidikan dalam skala besar serta memperkasakan biasiswa kedua universiti melalui off-campus faculty fellowships.
"Saya berharap dengan adanya program kerjasama ini, SBM dan KKU akan terus cemerlang dalam melatih dan melahirkan generasi penyelidik masa hadapan, malah lebih ramai juga pelajar siswazah dan pasca siswazah akan terus menonjol dalam penyelidikan mereka sama ada di peringkat universiti, agensi kerajaan dan swasta," katanya.
Tambah beliau lagi, menerusi MoU itu juga diharap KKU akan mengambil peluang untuk menghantar lebih ramai pelajar dan staf akademik mereka ke UUM bagi bertuakr ilmu dan pengalaman dalam pelbagai bidang antaranya pemasaran, pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia dan keusahawanan.
Katanya, beliau berharap MoU itu akan memperkukuh hubungan baru yang wujud antara kedua-dua universiti dan menyediakan platform untuk kerjasama akademik dan budaya yang lebih besar bagi memaksimumkan perkongsian antarabangsa.
Sementara itu, Presiden KKU, Prof Madya Dr Kittichai berkata, KKU kini sedang memenuhi keperluan akreditasi AACSB dan berhasrat untuk menjadikan UUM sebagai mentor yang dapat memberikan nasihat serta tunjuk ajar bagi merealisasikan impian KKU mendapatkan akreditasi tersebut.
Ujarnya, dengan jalinan kerjasama kedua universiti itu diharap dapat memberi satu nilai tambah kepada kualiti aktiviti yang telah dirancang dan bakal dirancang.
Sumber: UUM Online
UUM Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs & Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim received a courtesy visit from the delegates of University of Canterbury, New Zealand at his office this morning.
The delegation was represented by Dr. Russel Wordsworth and Mr. David Connel, accompanying them was the Dean of UUM-TISSA, Assoc. Prof. Dr. Chek Derashid and Deputy Dean, Dr. Natrah Saad.
The meeting which was aim at discussing academic collaboration between the University of Canterbury and the Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (UUM-TISSA) also included the submission of a Memorandum of Understanding (MoU) signed by the University of Canterbury.
Through the MoU, it will encourage research, consultation, postgraduate admission at master and PhD level as well as benefits both staff and student will gain through mobility programmes.
Delegates were also taken on the tram around UUM to witness the beauty of the flora and fauna surrounding UUM as well as to the Welcome Centre where the delegates learned about the history, successes and achievements of UUM.
Source: UUM Online
Mimpi menjadi kenyataan buat Dinesh VM Ramachandran, 23 apabila menjejakkan kaki ke New York, Amerika Syarikat sempena persidangan antarabangsa, Future We Want Model United Nations (FWWMUN), baru-baru ini.
Dinesh mewakili Beta Gamma Sigma UUM Chapter, Universiti Utara Malaysia Model United Nations (UUMUN) dan Malaysia dalam persidangan yang dianjurkan oleh Future We Want Model United Nations Associations (FWWMUNA) di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Saya bertuah terpilih dalam persidangan yang dihadiri kira-kira 2,000 delegasi seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya, warna kulit, bahasa dan kepercayaan namun tidak menjadi penghalang untuk mengenali satu sama lain, kerjasama dan perkongsian idea.
"Kembara sepanjang 3 hari itu memberi pencerahan kepada saya mengenai anak-anak muda yang begitu bijak dan petah berkata-kata melontarkan idea untuk mewujudkan satu resolusi yang berguna untuk diserahkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya," luah siswa Sarjana Muda Kewangan.
Bertemakan Peranan Pemuda dalam Pembangunan Mapan, setiap delegasi berpeluang menyuarakan pendapat, dan berdebat dalam membicarakan isu antarabangsa yang masih tiada solusi dari PBB selain menampilkan pakar untuk membincangkan isu politik dunia dengan lebih mendalam.
Persidangan tiga hari ini melibatkan Jawatankuasa Ekonomi dan Kewangan (ECOFIN), Suruhanjaya mengenai Status Wanita, Perlucutan dan Keselamatan Antarabangsa, Jawatankuasa Sosial, Kemanusiaan dan Kebudayaan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dan Perhimpunan Kesihatan Sedunia.
Dengan memikul harapan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa UUM, Dinesh menerima tugasan mewakili negara Peru dalam isu sanitasi air, pertanian, makanan, keselamatan dan pemakanan.
"Penyediaan kertas kerja yang harus dibentangkan pada persidangan tersebut telah memberi peluang kepada saya untuk bekerjasama dengan delegasi dari Portugal yang juga mempunyai minat yang sama dalam isu tersebut.
"Persidangan memfokuskan agenda 2030 yang diperkenalkan PBB iaitu rangka kerja global baru untuk membantu membasmi kemiskinan dan mencapai pembangunan mampan menjelang 2030.
Tambahnya, pada malam kebudayaan dimeriahkan dengan seni persembahan yang menarik dan unik, setiap delegasi memakai pakaian tradisional yang mempamerkan keaslian mutu dan pakaian negara masing-masing.
Selain itu Dinesh meneroka persekitaran yang indah diliputi salji memutih, melawat Empire State, Central Park, Top of the Rock, Wall Street, Time Square, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
"Peluang hanya datang sekali seumur hidup, hargai setiap peluang yang di depan mata dan percayalah setiap daripada kita mampu menonjolkan bakat yang terpendam," katanya.