English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

  • welcome 2018 12
  • mfac
  • nhrmc
  • TISSAUUMCOB
  • SBMcob
  • stmlcob1
  • sefbcob
  • ibscob1
  • ppaCOB
  • aacsbcob

NEWS AND BULLETIN

  1. SBM UUM ANJUR SEMINAR ON READINESS FOR IR4.0 FOR EDUCATORS
    Wednesday, 04 July 2018

    ir 42 Julai 2018, Sintok- Satu program yang dinamakan Seminar on Readiness For IR4.0 For Educators di...

    (12)
    Read more ...
  2. Kerjasama UUM Dan Khon Kaen University, Thailand Perkasakan Bidang Penyelidikan
    Wednesday, 27 June 2018

    khon keanBagi memperkasakan lagi bidang penyelidikan khususnya di persada antarabangsa, Universiti Utara M...

    (8)
    Read more ...
  3. University Of Canterbury And UUM-TISSA Set To Collaborate
    Wednesday, 27 June 2018

    canterburyUUM Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs & Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim received...

    (17)
    Read more ...
  4. DINESH TIMBA ILMU DI NEW YORK, AS
    Monday, 28 May 2018

    dineshMimpi menjadi kenyataan buat Dinesh VM Ramachandran, 23 apabila menjejakkan kaki ke New York, Ame...

    (5)
    Read more ...
  5. RICE 2018 PLATFORM PELAJAR PAMER KEMAHIRAN
    Wednesday, 23 May 2018


    ricePameran Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (RICE 2018) anjuran Pusat Pengajian Pengurusan ...

    (7)
    Read more ...
  6. TAHNIAH KEPADA PEMENANG PINGAT PERAK ITEX 2018
    Wednesday, 16 May 2018

    TAHNIAH SEFB ITEX2018

    (7)
    Read more ...
  7. LAWATAN PENANDAARASAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI KE UUM COB
    Thursday, 03 May 2018

    psp1Pada 03 Mei 2018, UUM COB telah menerima lawatan seramai 38 orang pensyarah dari Jabatan Perdagan...

    (5)
    Read more ...
  8. TAHNIAH KENAIKAN PANGKAT STAF UUM COB
    Wednesday, 02 May 2018

    tahniah naik pangkat web

    (9)
    Read more ...
  9. TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH SEMPENA HARI INOVASI DAN PENGANUGERAHAN UNIVERSITI (HIMPU) 2018
    Monday, 30 April 2018

    TAHNIAH HIMPU

    (7)
    Read more ...
  10. IBS Terima Kunjungan PNC UUM COB
    Monday, 16 April 2018

    berita ibsUUM COB ONLINE: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) menjadi destinasi terakhir bagi program 'R...

    (7)
    Read more ...
  11. PNC UUM COB Dekati Staf Pejabat PPA UUM COB Dan Unit Akreditasi AACSB
    Thursday, 12 April 2018

    ppa aacsbUUM COB ONLINE: PNC UUM COB meneruskan aktiviti 'Road Tour' beliau ke Pejabat Pembangunan Pelajar...

    (6)
    Read more ...
  12. MOBILITI BERKREDIT KE WASEDA UNIVERSITY, JEPUN SESI A172
    Wednesday, 04 April 2018

    wasedaKalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" tidak tercapai impian jika tidak mahu bersu...

    (12)
    Read more ...
  13. UUM TEAMS QUALIFY FOR FINAL CFA INSTITUTE RESEARCH CHALLENGE 2018
    Wednesday, 28 March 2018

    cfaTwo UUM teams have qualified for the Malaysia final CFA Institute Research Challenge for 2017-201...

    (10)
    Read more ...
  14. 'ROAD TOUR' PNC UUM COB KE STML
    Tuesday, 27 March 2018

    berita web'Road Tour' PNC COB diteruskan lagi ke Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) y...

    (8)
    Read more ...
  15. 'ROAD TOUR' PNC UUM COB KE SEFB
    Thursday, 22 March 2018

    beritaSelepas meluangkan masa bersama warga kerja TISSA-UUM, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perb...

    (12)
    Read more ...

beta gama sigmaKumpulan pertama pelajar yang bakal menjadi ahli Beta Gamma Sigma (BGS), Chapter UUM telah diraikan dalam majlis interaksi bersama Penolong Naib Canselor UUM College of Business, Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim dan Dekan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) COB, Dr. Hendrik Lamsali di Dewan Seminar Pusat Islam baru-baru ini.

Prof. Dr. Yusnidah dalam ucapannya berkata kumpulan sulung ini patut berbangga kerana telah melalui beberapa tapisan sebelum disenarai pendek menjadi ahli BGS pertama di Malaysia dan merupakan yang kelima di rantau Asia Tenggara.

"Manfaatkan peluang ini sebaiknya untuk mencapai pendidikan yang berkualiti melalui rangkaian dengan pelajar-pelajar antarabangsa dari sekolah-sekolah perniagaan terkemuka seluruh dunia," katanya.

Sementara itu Dr. Hendrik menambah UUM melalui Pejabat PPA UUM COB akan terus berusaha mencari kaedah terbaik untuk mengetengahkan ahli BGS agar dikenali dalam kalangan pemain industri negara.

Majlis itu juga turut membuka sesi dialog dan Soal Jawab antara pelajar BGS dan Pihak Pengurusan Tertinggi UUM COB.

Turut hadir, Prof. Dr. Ku Nor Izah Ku Ismail, Pengarah AACSB, Prof Madya Dr. Nor Aziah Abd Manaf, Timbalan Dekan TISSA, Prof Madya. Dr. Fais Ahmad, Timbalan Dekan, SBM, Dr. Mohamad Zaki Ahmad, Timbalan Dekan, SoIS, Dr. Ahmad Khilmy Abd. Rahim, Wakil Dekan IBS dan Dr. Rohaizah Saad, Wakil Dekan STML.

Sumber : UUM Online

welcomingUsai sudah Majlis Welcoming dan Homecoming Pelajar Mobiliti UUM COB yang berlangsung pada 11 April 2017 bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam, UUM.
Majlis ini diadakan bertujuan bagi meraikan kepulangan pelajar mobiliti outbound UUM COB yang telah berjaya menamatkan program mobiliti mereka didalam dan luar negara serta bagi menyambut kedatangan pelajar mobiliti inbound dari luar dan dalam negara yang telah memilih UUM sebagai universiti pilihan mereka bagi menjalani program mobiliti.
Majlis yang berlangsung selama dua jam ini berjaya mengumpulkan hampir 60 orang pelajar. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Dr Hendrik bin Lamsali, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COB dan disusuli dengan ucapan daripada Penolong Naib Canselor UUM COB, Yang Berusaha Profesor Dr.Yusnidah Ibrahim.
Dalam ucapan beliau, Yang Berusaha Profesor Dr.Yusnidah turut menyuarakan hasrat untuk melihat lebih banyak program berbentuk seperti ini yang disertai oleh pelajar UUM, kerana graduan yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang ditambah dengan penglibatan secara aktif dalam kokurikulum adalah antara graduan yang didambakan dalam pasaran pekerjaan.
Wakil pelajar mobiliti inbound, Laura Silvia Mueller dari Universiti Hamm – Lippstadt Applied Science, Jerman, turut berkongsi pengalaman yang berharga di UUM. Laura tidak dapat menyembunyikan rasa rindukan keluarga dan kampung halaman yang mana rata-rata pelajar mobiliti menghadapi situasi yang sama. Laura menyifatkan program 1 buddies untuk 1 pelajar mobiliti yang terdiri dalam kalangan pelajar Global Buddies Club (GBC) amat membantu beliau melalui kehidupan di UUM. Laura juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai apa juga acara yang dianjurkan sekiranya bersesuaian. Pengalaman mengikuti program mobiliti seharusnya digunakan oleh setiap pelajar yang terpilih untuk menimba pengamalan.
Bagi Ahmad Ashraf Abdul Moes, wakil pelajar mobiliti outbound dalam ucapannya turut menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Ashraf yang mengikuti mobiliti ke SIAS International University, China menyifatkan pengamalan belajar di negara tersebut amat berharga. Ashraf menyatakan isu utama mereka adalah rindukan keluarga dan kampung halaman tetapi dengan kemudahan komunikasi sekarang, jarak bukan lagi menjadi isu utama.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada pelajar dan upacara penyampaian sijil kepada pelajar mobiliti outbound dan inbound. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 12.00 tengahari.
Turut hadir wakil-wakil daripada Pusat Pengajian dibawah Kolej Perniagaan.

logtranPulau Pinang - Kelab Logistik dan Pengangkutan (Logtrans) UUM COB berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Debat Logistik, Rantaian dan Pengangkutan anjuran Pertubuhan Pakar Logistik Malaysia, WiLAT Malaysia dan CILT Penang yang berlangsung di AK Academy, baru-baru ini.

UUM COB telah menghantar dua pasukan ke pertandingan debat tersebut yang mana pasukan UUM B (Logtrans) yang diwakili Thum Wei Mang, Kh'ng Jing Yi, Koh Jia Yin dan Teoh Kher Nee berjaya mengetepikan lima pasukan lain iaitu dari Universiti Utara Malaysia (UUM A), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) A dan B, AK Academy dan Wawasan Open University (WOU) dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000 dan trofi.

Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi pasukan UTAR B dan UTAR A yang mana masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM400 dan RM200 berserta trofi.

Pertandingan debat tahun ini membincangkan isu semasa negara, antaranya adalah melihat peranan gender dalam pembangunan negara, masa depan Pelabuhan Kuantan, cabaran teksi dan pengangkutan awam, kesan pertukaran nilai mata wang ringgit dan dolar dalam kedudukan ekonomi serta pembangunan semasa.

Sumber: UUM Online

outbound jepunPada sesi Februari 2017 ini seramai (5) lima orang pelajar telah terpilih bagi mengikuti program mobiliti antarabangsa ke beberapa buah universiti terkemuka di negara matahari terbit iaitu Jepun. Antara universiti yang terlibat adalah Tsukuba University, Waseda University dan Yokohama National University Jepun. Berkarakter menarik, cemerlang dalam akademik serta aktif dalam pelbagai aktiviti universiti merupakan faktor utama pelajar –pelajar ini terpilih sebagai duta kecil UUM ke universiti-universiti terkemuka ini. Dalam kiriman e-mel kepada Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni PPA UUM COB, mereka sempat mengirimkan beberapa keping gambar aktiviti yang disertai di sana.
" Jauh perjalanan, luas pemandangan" inilah yang cuba diterapkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pejabat PPA UUM COB dengan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar bertujuan membuka minda mereka dengan budaya dan persekitaran yang berbeza di luar negara.
Sebagai duta kecil UUM , Dekan PPA UUM COB, Dr. Hendrik Bin Lamsali berharap pelajar terpilih ini dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta menjadi contoh kepada pelajar mobiliti lain di sana. Dalam kirim email kepada PPA UUM COB pelajar –pelajar juga ini sempat melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada UUM kerana memberi peluang keemasan kepada mereka untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Pelajar yang terpilih adalah seperti berikut:

BIL

NAMA

NO MATRIK

PROGRAM

UNIVERSITI

1

Anis Allissa Binti Mohd Azran

234036

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Tsukuba University

2

Nur Binti Azlan

236262

Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa

Tsukuba University

3

Nor Ashikin Bt Abd Rahman

240939

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi

Waseda Universiti

4

Mahalakshmi A/P Bakthavasalam

232955

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

Yokohama National Universiti

5

Mohammad Ameerullah Salleh

239220

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan kewangan Islam

Yokohama National Universiti

 

lawatan penandaarasan mpcPada 31 Mac 2016 (Jumaat), staf pentadbiran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Pejabat PNC COB telah mengadakan lawatan ke Malaysia Productivity Corporation (MPC), Petaling Jaya. Program ini melibatkan 15 orang staf pentadbiran yang diketuai oleh Puan Hasliza Hassan, Penolong Pendaftar SEFB.

Sepanjang lawatan penandaarasan ini, Encik Andra Syahrizal, iaitu Pegawai MPC telah berbincang dan berkongsi pandangan dalam pelbagai isu yang berkaitan. Antaranya, pembudayaan 5S/QE yang memerlukan komitmen daripada pengurusan tertinggi jabatan dan semua staf dalam menyediakan tempat kerja yang kondusif. Sebagai mendokong hasrat kerajaan ke arah penjimatan, pihak MPC turut memberi penjelasan kepada ahli rombongan tentang model baru 5S/QE yang berkaitan dengan penjimatan. Contohnya; penjimatan masa dari segi servis kepada pelanggan. Beliau turut menekankan bahawa pengurusan moral individu merupakan ejen utama untuk menjamin 5S/QE diamalkan secara berterusan ['S' yang kelima iaitu SHITSUKE/ Sentiasa Amal/ Self-discipline] di setiap pusat tanggungjawab.

Semoga lawatan ini akan menggiatkan usaha dalam memastikan 5S/QE dilaksanakan sepenuhnya melalui komitmen semua staf pentadbiran. Selain daripada memperkasakan amalan dan pembudayaan 5S di SEFB, lawatan ini juga akan menjadi platform dalam usaha ke arah pensijilan MPC pada masa akan datang.

Events

peta

View Us at Google Mapgoogle map

MOBILE QR CODE

Visit UUM COB website 
via mobile smartphone 
or tablet.
<< Scan the
QR
Code 
for
mobile acces

mobileqrcode