English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

  • welcome 2018 12
  • ecofi
  • TISSAUUMCOB
  • SBMcob
  • stmlcob1
  • sefbcob
  • ibscob1
  • ppaCOB
  • aacsbcob

NEWS AND BULLETIN

  1. SKPSA2019 Wadah Pentadbir Awam Bawa Tadbir Urus Awam Lebih Telus Dan Berkesan
    Wednesday, 31 July 2019

    skpsaJohor - "Sebagai pentadbir awam, adakah kita telah menjalankan peranan dengan sempurna dalam meni...

    (264)
    Read more ...
  2. SEFB International Summer School 2019 Tingkat Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar PSU, Thailand
    Wednesday, 31 July 2019

    psuMasalah bahasa tidak menjadi halangan kepada 59 pelajar Prince of Songkla University (PSU), Thail...

    (136)
    Read more ...
  3. EDBM Pertingkat Kemahiran Kepengurusan Golongan Pengurusan Pertengahan
    Wednesday, 31 July 2019

    edbmDalam mendepani persekitaran dan cabaran pengurusan yang semakin kritikal setiap hari, kemahiran ...

    (149)
    Read more ...
  4. 2019 AACSB INFLUENTIAL LEADER KONGSI ILMU DAN PENGALAMAN KEPIMPINAN
    Monday, 20 May 2019

    raja azura aacsbAlumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Raja Azura Raja Mahyuddin telah berkongsi ilmu dan pengal...

    (140)
    Read more ...
  5. BGS UUM Terima Anugerah Best Practice In Leadership Outstanding Chapter 2019
    Monday, 20 May 2019

    bgs edinBeta Gamma Sigma (BGS) Chapter Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima Best Practice in Le...

    (658)
    Read more ...
  6. Bengkel AACSB Standards: Intellectual Contribution (ICs) Maintenance
    Tuesday, 07 May 2019

    aacsbSetelah mendapat akreditasi AACSB International dengan jayanya pada tahun 2016, UUM kini dalam pr...

    (166)
    Read more ...
  7. PPA COB RAI PELAJAR MOBILITI
    Monday, 18 March 2019

    ppa cob rai pel mobiliti

    Majlis Welcoming dan Homecoming Pelajar Mobiliti UUM COB telah berlangsung pada 15 Mac 2019 bert...

    (1357)
    Read more ...
  8. 2019 INFLUENTIAL LEADER BY AACSB INTERNATIONAL
    Monday, 11 February 2019

    raja azura

    Universiti Utara Malaysia (UUM) Alumnus, Mdm. Raja Azura Raja Mahayuddin was selected as the 201...

    (1340)
    Read more ...
  9. NOVAC KEKAL TAHTA UNGGULI ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK UUM COB 2018
    Sunday, 09 December 2018

    anugerah badan pelajar 2018Kelab Perakaunan atau NOVAC telah diangkat sebagai kelab terbaik bagi tiga tahun berturut-turut s...

    (1344)
    Read more ...
  10. Tahniah Kenaikan Pangkat Staf Akademik UUM COB
    Thursday, 29 November 2018

    tahniah naik pangkat nov 2018

    (1314)
    Read more ...
  11. Produk Inovasi IBS Mendapat Pingat Emas Dan Perak Dalam Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti 2018
    Thursday, 29 November 2018

    PRODUK INOVASI IBSPada 14 hingga 16 November 2018 bertempat di Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah berlangs...

    (1366)
    Read more ...
  12. Alumni UUM COB Kongsi Pengalaman Untuk Majukan Universiti
    Wednesday, 28 November 2018

    ALUMNI2018Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan (PPA COB), Universiti Utara Malaysia (UU...

    (1344)
    Read more ...
  13. Bengkel Pemantapan Proses CIR
    Sunday, 11 November 2018

    cir aacsbDalam usaha mengekalkan status akreditasi AACSB, Unit Akreditasi AACSB, UUM COB telah mengadakan ...

    (1330)
    Read more ...
  14. Islamic Finance Must Embrace Technological Advancement And Innovation
    Monday, 29 October 2018

    ISLAMIC FINANCEThe unprecedented surge of the Fourth Industrial Revolution (IR4.0) has brought many problems and...

    (1268)
    Read more ...
  15. The TISSA-UUM Accounting Programme: First And The Only EPAS Accredited Programme In Malaysia
    Monday, 29 October 2018

    epas awardThe Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy, Universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM) once ...

    (1324)
    Read more ...

kpo ppaUsai sudah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2015 yang disertai oleh 15 kelab dan persatuan melibatkan 85 pelajar termasuk mantan presiden kelab dan persatuan.
Kursus yang menjadi acara tahunan untuk pemimpin baharu kelab dan persatuan itu telah diadakan selama tiga hari bermula pada 29 Oktober lalu di HiG Hotel, Langkawi.

Penolong Naib Canselor Kolej Perniagaan, Profesor Dr. Rushami Zien Yusoff telah sudi meluangkan masa untuk sesi bersama pelajar bagi memberi input yang amat berguna kepada Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan tentang pentingnya pelajar yang telah dilantik untuk berusaha menaikkan nama kelab dan persatuan yang disertai oleh mereka.
"Jadikan kelab dan persatuan yang kita anggotai sebagai antara kelab dan persatuan terbaik serta didambakan oleh ramai pelajar lain," tegas beliau.

Sementara itu, pengisian utama program berkenaan juga turut membincangkan almanak setiap kelab dan persatuan.

Pada akhir sesi, setiap kelab dan persatuan telah membentangkan almanak masing–masing yang menyaksikan Persatuan Pengurusan Operasi (POM) dinobatkan sebagai pembentang terbaik diikuti oleh Kelab MyAgrosis yang terpaksa akur di tempat kedua manakala Kelab Perakaunan (Novac) pula di tempat ketiga.

Persaingan yang sihat antara kelab-kelab dan persatuan ini berupaya menggalakkan ahli-ahli untuk mempelbagaikan aktiviti yang menarik dan berimpak tinggi serta berdaya saing selaras dengan Pelan Strategik Universiti iaitu untuk membangunkan pelajar secara holistik.
Sementara itu, Dekan PPA COB, Dr. Mohamad Farizal Rajemi berkata, beliau berharap agar program itu bukan sahaja dapat membantu pelajar untuk lebih mahir dalam menguruskan organisasi sesuatu kelab dan persatuan tetapi secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara ahli jawatankuasa kelab/persatuan pelajar, penasihat dan juga pihak pengurusan Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni, UUM COB.

Kursus berkenaan juga diharap mampu melahirkan graduan yang berdaya saing dan berdaya maju apabila memasuki pasaran kerja nanti.

nescafeBaru-baru ini pihak Nescafe dan para finalis Pertandingan Hub Nescafe telah menerima kunjungan dari Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff, Dekan SBM diiringi beberapa staf SBM ke booth Nescafe di Foyer SBM-COB sebagai tanda sokongan tidak berbelahbagi beliau kepada para pelajar tersebut. Finalis yang terdiri dari pelajar semester 3 ini telah menyatakan rasa amat teruja dan lebih bersemangat setelah menerima kunjungan beliau. Prof. Dr. Rushami Zien juga sempat berbual dengan memberi kata-kata semangat kepada finalis serta mencuba minuman Nescafe di booth berkenaan.

Bermula dari 11 Oktober sehingga 5 November 2015 (4 minggu sahaja) sebuah booth Nescafe ditempatkan di Foyer SBM. Booth ini sedang dikendalikan sepenuhnya oleh wakil Nescafe selama 2 minggu diikuti pelajar-pelajar Kolej Perniagaan iaitu 2 minggu berikutnya bermula 25 Oktober ini.

Seramai 7 orang pelajar dari Kolej Perniagaan yang mengendalikan booth tersebut merupakan para pelajar yang terlibat di dalam pertandingan akhir dan mereka adalah finalis akhir (TOP 3) yang kini berentap dan bersaing dengan USM dan UPM. Penempatan booth Nescafe ini adalah sebagai memenuhi syarat pertandingan peringkat akhir iaitu pelajar-pelajar ini dikehendaki membuat jualan sebanyak 12,000 cawan minuman atau 5000 kad pra-bayar Nescafe.

Sokongan berbentuk belian dari para pelajar dan staf amat dialu-alukan. Terdapat pelbagai variasi Nescafe ditawarkan dan harga bagi secawan Nescafe panas ialah RM0.50 manakala sejuk RM1.00 sahaja. Hanya belian pada 25 Oktober hingga 5 November diambil kira sebagai markah finalis.

rezekiTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah rezeki yang hadir buat Nur Azwaadiey Rosli, pelajar dari Pusat Pengajian Pengkomputeran apabila berjaya menjadi juara Pertandingan Jom "Selfie' Merdeka UUM 2015 anjuran UUM COB sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke–58. Hasil kreativiti beliau menggayakan pakaian yang dibuat khas oleh ibunya dan bergambar kenangan bersama Prof. Madya Dr. Abdul Malek Haji Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Dr. Mohd Dino Khairri Shariffuddin, Pengarah HEP serta Pengetua DPP TM bersama-sama kereta yang dihias khas sempena Hari Kebangsaan pada tahun ini ternyata satu usaha yang mendatangkan hasil buat beliau.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang ini telah disampaikan oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff, Penolong Naib Canselor UUM COB dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat beliau. Pemenang tempat kedua telah dimenangi oleh saudari Mas Atyka Rosli dari Pusat Pengajian Ekonomi dan Perbankan manakala tempat ketiga dimenangi oleh saudari Siti Jaizah Nak Man dari Pusat Pengajian Bahasa Moden. Semua pemenang membawa pulang telefon pintar.


Prof. Dr. Rushami ketika ditemui merasakan amat gembira kerana objektif utama pertandingan diadakan adalah bagi menggalakkan semua lapisan pelajar dan staf untuk meraikan dan merakamkan detik-detik sambutan kemerdekaan bagi dikongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain di laman-laman sosial seperti Instagram dan Facebook. Semenjak pertandingan ini dilancarkan, laman-laman sosial yang melibatkan pusat-pusat pengajian di bawah UUM COB ini telah mendapat perhatian yang menggalakkan dari pengguna-pengguna. Umum amat mengetahui bahawa laman sosial kini menjadi trend dalam kita menyampaikan sumber maklumat dengan cepat dan pantas. Maka itu staf-staf dan para pelajar haruslah peka dengan maklumat-maklumat yang disampaikan melalui saluran rasmi dan menyiasat kesahihan sesuatu maklumat sebelum 'share' dan 'copy' dengan rakan-rakan media yang lain.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang berdaftar dengan UUM dan masih aktif serta staf-staf Universiti Utara Malaysia. Peserta hanya perlu menjadi pengikut Instagram UUM COB. Setiap gambar yang hendak di muat naik perlu #uumcob#uumselfiemerdeka2015. Pertandingan ini di adili oleh juri-juri yang dilantik dari kalangan jurufoto berpengalaman.

 

amba

UUM ONLINE: 29 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) has, once again, proved its sterling mettle on the international stage when its Master of Business Administration (MBA) programme, under the auspices of the Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), received the much coveted accreditation from the Association of MBAs, AMBA, based in London, the United Kingdom.

The news of the latest achievement was conveyed this morning by the AMBA Secretariat, Katherine O' Flynn.

AMBA is an impartial international authority on postgraduate business education, which was founded in 1967. This accreditation body provides prestigious accreditation service in an effort to maintain the global standard for all MBA, Doctor of Business Administration (DBA), and Master of Business and Management (MBM) programmes.

AMBA is currently the only professional membership association which connects students and MBA graduates, recognised business schools, and MBA employers in more than 110 countries.

Up until September 2014, a total of 219 graduate business schools in 52 countries had received the AMBA accreditation. Among them are the Judge Business School, University of Cambridge, and the Saïd Business School, University of Oxford, in the United Kingdom.

The AMBA accreditation represents the world’s highest standard of achievement in postgraduate business education, and it can only be obtained by the best programmes. It also represents a guarantee of quality to all stakeholders, including students, institutions of higher learning, graduates, and employers.

The Vice-Chancellor of UUM, Professor Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, expressed his utmost delight at this latest success, and he congratulated the staff of UUM OYAGSB, in particular, and all members of staff at UUM, in general.

"This is indeed a landmark achievement as concerns the academic quality that obtains at UUM, specifically for the MBA programme, which is now unequivocally on par with those of other world-renowned universities," he said.

 

ol

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) UUMCOB telah menganjurkan bengkel Online Learning dengan jayanya pada 3 September yang lalu. Bertempat di Bilik Serbaguna SBM, bengkel ini bertujuan untuk memberikan panduan tentang penggunaan E-Learning iaitu portal Online Learning yang merupakan medium pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai oleh semua pensyarah di UUM. Bengkel ini mendapat sambutan yang baik dikalangan pensyarah dengan penyertaan seramai 30 orang dan diterajui oleh Pegawai Teknologi Maklumat daripada unit University Information System (UIS) UUMIT. Pelbagai persoalan diutarakan dan pensyarah diberikan tunjuk ajar tentang tatacara menggunakan portal berkenaan. Bengkel ini merupakan siri yang kedua yang dianjurkan oleh SBM untuk meningkatkan penyampaian elektronik pensyarah kepada para pelajar dan insyaAllah akan diadakan dari semasa ke semasa dalam memastikan pensyarah dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaik-baiknya.

Events

peta

View Us at Google Mapgoogle map

MOBILE QR CODE

Visit UUM COB website 
via mobile smartphone 
or tablet.
<< Scan the
QR
Code 
for
mobile acces

mobileqrcode