English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

  • welcome 2018 12
  • ecofi
  • TISSAUUMCOB
  • SBMcob
  • stmlcob1
  • sefbcob
  • ibscob1
  • ppaCOB
  • aacsbcob

NEWS AND BULLETIN

  1. SKPSA2019 Wadah Pentadbir Awam Bawa Tadbir Urus Awam Lebih Telus Dan Berkesan
    Wednesday, 31 July 2019

    skpsaJohor - "Sebagai pentadbir awam, adakah kita telah menjalankan peranan dengan sempurna dalam meni...

    (264)
    Read more ...
  2. SEFB International Summer School 2019 Tingkat Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar PSU, Thailand
    Wednesday, 31 July 2019

    psuMasalah bahasa tidak menjadi halangan kepada 59 pelajar Prince of Songkla University (PSU), Thail...

    (136)
    Read more ...
  3. EDBM Pertingkat Kemahiran Kepengurusan Golongan Pengurusan Pertengahan
    Wednesday, 31 July 2019

    edbmDalam mendepani persekitaran dan cabaran pengurusan yang semakin kritikal setiap hari, kemahiran ...

    (149)
    Read more ...
  4. 2019 AACSB INFLUENTIAL LEADER KONGSI ILMU DAN PENGALAMAN KEPIMPINAN
    Monday, 20 May 2019

    raja azura aacsbAlumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Raja Azura Raja Mahyuddin telah berkongsi ilmu dan pengal...

    (140)
    Read more ...
  5. BGS UUM Terima Anugerah Best Practice In Leadership Outstanding Chapter 2019
    Monday, 20 May 2019

    bgs edinBeta Gamma Sigma (BGS) Chapter Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima Best Practice in Le...

    (658)
    Read more ...
  6. Bengkel AACSB Standards: Intellectual Contribution (ICs) Maintenance
    Tuesday, 07 May 2019

    aacsbSetelah mendapat akreditasi AACSB International dengan jayanya pada tahun 2016, UUM kini dalam pr...

    (166)
    Read more ...
  7. PPA COB RAI PELAJAR MOBILITI
    Monday, 18 March 2019

    ppa cob rai pel mobiliti

    Majlis Welcoming dan Homecoming Pelajar Mobiliti UUM COB telah berlangsung pada 15 Mac 2019 bert...

    (1357)
    Read more ...
  8. 2019 INFLUENTIAL LEADER BY AACSB INTERNATIONAL
    Monday, 11 February 2019

    raja azura

    Universiti Utara Malaysia (UUM) Alumnus, Mdm. Raja Azura Raja Mahayuddin was selected as the 201...

    (1340)
    Read more ...
  9. NOVAC KEKAL TAHTA UNGGULI ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK UUM COB 2018
    Sunday, 09 December 2018

    anugerah badan pelajar 2018Kelab Perakaunan atau NOVAC telah diangkat sebagai kelab terbaik bagi tiga tahun berturut-turut s...

    (1343)
    Read more ...
  10. Tahniah Kenaikan Pangkat Staf Akademik UUM COB
    Thursday, 29 November 2018

    tahniah naik pangkat nov 2018

    (1314)
    Read more ...
  11. Produk Inovasi IBS Mendapat Pingat Emas Dan Perak Dalam Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti 2018
    Thursday, 29 November 2018

    PRODUK INOVASI IBSPada 14 hingga 16 November 2018 bertempat di Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah berlangs...

    (1366)
    Read more ...
  12. Alumni UUM COB Kongsi Pengalaman Untuk Majukan Universiti
    Wednesday, 28 November 2018

    ALUMNI2018Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan (PPA COB), Universiti Utara Malaysia (UU...

    (1344)
    Read more ...
  13. Bengkel Pemantapan Proses CIR
    Sunday, 11 November 2018

    cir aacsbDalam usaha mengekalkan status akreditasi AACSB, Unit Akreditasi AACSB, UUM COB telah mengadakan ...

    (1330)
    Read more ...
  14. Islamic Finance Must Embrace Technological Advancement And Innovation
    Monday, 29 October 2018

    ISLAMIC FINANCEThe unprecedented surge of the Fourth Industrial Revolution (IR4.0) has brought many problems and...

    (1268)
    Read more ...
  15. The TISSA-UUM Accounting Programme: First And The Only EPAS Accredited Programme In Malaysia
    Monday, 29 October 2018

    epas awardThe Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy, Universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM) once ...

    (1324)
    Read more ...

langkawi

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM COB dengan jayanya telah menganjurkan  Bengkel Persediaan Audit AACSB dan Pemantapan P&P SBM pada 20 hingga 22 Ogos 2015 bertempat di  Aseania Resort & SPA, Langkawi.

Bengkel ini melibatkan hampir keseluruhan staf SBM yang terdiri daripada dekan, timbalan dekan, ketua-ketua jabatan, penyelaras program, para pensyarah dan staf pentadbiran. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk meneliti dan mengemaskini serta menyiapkan dokumen yang diperlukan oleh Audit AACSB.  Selain itu juga, dalam bengkel yang sama turut dibentangkan KPI Pusat Pengajian serta strategi yang harus diambil supaya KPI SBM dapat dicapai dalam masa yang ditetapkan.

Bengkel ini juga turut menyediakan platform kepada para pensyarah untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di mana penyelarasan dan perancangan semua aktiviti berkaitan akademik, penyelidikan, perundingan dan pengurusan dilakukan agar selari dengan hasrat Pengurusan Universiti.

Di samping itu, bengkel ini juga berjaya meningkatkan motivasi serta semangat berkumpulan agar sentiasa komited dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan.

merdeka-tugu-negara

Jom kita tunjukkan rasa cinta kepada negara dan semangat patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan yang ke-58 tahun. Zahirkan perasaan anda dengan menghantar gambar ‘selfie’ berlatarkan Kemerdekaan yang ke-58. Penyertaan adalah percuma dan hadiah menarik menanti anda.
Bagaimana untuk menyertainya?
Cukup mudah. Anda hanya perlu menjadi pengikut Instagram @uumcob. Ambil gambar, pastikan gambar anda mengandungi elemen patriotik. Kemudian hashtag ‪#‎uumcob‬#uumselfiemerdeka2015.

Penyertaan;
1. Terbuka kepada pelajar-pelajar yang berdaftar dengan UUM sahaja dan masih aktif. Pelajar-Pelajar Baharu yang telah mendapat surat tawaran juga boleh menyertai. Pastikan anda gunakan nombor matrik anda sebagai rujukan.
2. Terbuka kepada staf-staf Universiti Utara Malaysia. Pastikan anda masukkan nama dan no.staf sebagai rujukan.

Tarikh penyertaan bermula 25 Ogos 2015 sehingga 6 September 2015 dan nama pemenang akan di umum semasa Sambutan Hari Malaysia 2015 yang akan diadakan di Stadium UUM pada 15 September 2015.

Hadiah Menarik Menanti Pemenang.

JOM ‘SELFIE’
#uumcob#uumselfiemerdeka2015

 

dekan oya

Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) Prof. Dr. Noor Azizi Ismail dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Gred Khas B (VK6) Universiti Utara Malaysia (UUM) berkuat kuasa 1 Ogos bagi tempoh tiga tahun.

Anak kelahiran Pahang berusia 46 tahun itu dilantik menggantikan Prof. Dr. Abdul Razak Saleh yang akan tamat tempoh lantikan pada 31 Julai ini.

Beliau mula berkhidmat di UUM pada 3 Oktober 1992 sebagai tutor sebelum menjadi pensyarah tetap pada 1995 dan kini menjadi Dekan OYAGSB sejak 2010.

Noor Azizi yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sistem Maklumat Perakaunan dari Universiti Loughborough, United Kingdom pernah menjadi pelatih audit di sebuah firma perakaunan pada 1992 sebelum menyertai UUM.

UUM COB mengucapkan selamat maju jaya kepada Prof. Dr. Noor Azizi.

shellPPA UUM COB – lawatan yang telah diaturkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business (PPA UUM COB) melibatkan 37 orang pelajar ke Wisma Shell, Cyberjaya pada 01 Jun 2015 telah membuka minda pelajar daripada pelbagai program di bawah UUM COB berkaitan dengan realiti dunia sebenar pekerjaan yang mereka akan hadapi kelak. Peluang mengikuti program lawatan ini amat bermakna kepada pelajar dimana mereka telah diberikan penerangan oleh setiap unit yang terdapat di bawah operasi Shell di Malaysia. Program ini juga telah memberikan ruang kepada pelajar untuk berinteraksi secara terus dengan pihak Shell terutamanya berkaitan dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan di bawah Shell.

Pelajar juga berpeluang untuk melihat dengan sendiri budaya dan operasi Shell. Melalui konsep "mentoring system" yang dilaksanakan di Shell iaitu bimbingan kepada kakitangan baru dimana konsep ini telah membentuk satu persekitaran kerja yang amat kondusif disamping fasiliti yang cukup lengkap dan aktiviti lain yang disediakan kepada kakitangan seperti sukan, kesihatan, kebudayaan, hari keluarga dan program toastmaster mewujudkan persekitaran kerja yang amat menarik. Pelajar merasakan amat teruja apabila diberi peluang untuk melawat setiap unit yang ada di Wisma Shell. Program separuh hari itu cukup bermakna kepada pelajar dalam merancang masa hadapan mereka di samping menyusun langkah dalam mencari tempat praktikum pada penghujung program akademik yang mereka ikuti di UUM. Bagi pihak PPA UUM COB, program seperti ini akan terus dilaksanakan terutamanya membawa pelajar ke organisasi multinasional bagi memberikan pendedahan kepada pelajar agar lebih bersedia sebelum mereka masuk ke dunia pekerjaan kelak.

tematic31 Mei - Sebanyak 20 buah kertas kerja dibentang dan dibincang sepanjang dua hari berlangsungnya Bengkel Tematik Intra Perdagangan di Negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam/ Thematic Workshop on Intra Trade in the Organization of Islamic Cooperation Countries (OIC) di Dewan Seminar, Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bertemakan "Removing Obstacles And Promoting Trading Business," bengkel yang berlangsung dari 30 hingga 31 Mei ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Kolej Perniagaan (COB) UUM, dengan kerjasama Institut Latihan dan Penyelidikan Islam (IRTI) Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah, Arab Saudi dan mendapat sokongan dari Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) UUM, MATRADE, MITI, Maybank dan CIMB.

Perasmian bengkel ini disempurnakan oleh Pengarah Kanan, Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagaihala MITI, Datuk Wong Seng Foo yang juga merupakan penyampai ucap utama pada bengkel berkenaan.

Dekan IBS, Prof Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata bengkel ini mengumpulkan pembentang, penceramah terkenal, pakar tempatan dan antarabangsa bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai isu berkaitan intra perdagangan di negara-negara OIC.

"Bengkel antarabangsa ini menyentuh pelbagai isu termasuk perkembangan terkini perniagaan intra perdagangan di negara-negara OIC, meningkat dan menggalakkan dagangan serta cadangan praktikal dalam mengatasi halangan-halangan dalam menggalakkan perniagaan perdagangan di negara-negara ini.

"Selain itu, bengkel ini juga menyediakan platform untuk ahli akademik, pemain industri, pakar dan pembuat dasar untuk membina jaringan, berbincang, berdebat, berkongsi idea dan pengalaman serta menjelaskan tentang bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan dan menggalakkan perniagaan perdagangan di negara-negara OIC," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian bengkel tersebut semalam.

Bengkel itu juga merupakan acara yang julung kalinya dianjurkan oleh IBS-UUM dengan kerjasama IRTI-IDB dan menjadi bukti keazaman IBS untuk mengukuhkan kerjasama strategik dengan IRTI-IDB di dalam pembangunan kewangan Islam, ekonomi Islam, Muamalat dan Perniagaan Islam secara umumnya.

Majlis turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefaham (MoU) di antara Dr. Asmadi Mohamed Naim yang mewakili UUM dan Dr. Abd Elrahman Elzahi mewakili IRTI yang disaksikan oleh Datuk Wong Seng Foo dan Pengarah Intra Trade Workshop 2015, Prof. Dr. Norhayati Ahmad.

Juga berlangsung sesi Dialog Peluang Intra Perdagangan di antara wakil MATRADE, Maybank Islamic Berhad dan CIMB yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad.

Events

peta

View Us at Google Mapgoogle map

MOBILE QR CODE

Visit UUM COB website 
via mobile smartphone 
or tablet.
<< Scan the
QR
Code 
for
mobile acces

mobileqrcode