English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penjawat Utama UUM COB dan Penyerahan Tugas Penolong Naib Canselor, Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan

on . Posted in News and Bulletin

penyampaian watikah

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penjawat Utama UUM COB dan Penyerahan Tugas Penolong Naib Canselor, Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan telah diadakan pada 10 Januari 2017, Selasa bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM).

Majlis dimulakan dengan Majlis Menandatangani dan Penyerahan Tugas oleh mantan Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Rushami Zein Yusoff kepada Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim, Penolong Naib Canselor UUM COByang baharu bagi tahun 2017 hingga 2018.

Mantan Penolong Naib Canselor, UUM COB merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dalam melaksanakan agenda UUM COB dan juga Universiti. Manakala Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim Penolong Naib Canselor, UUM COB mengucapkan terima kasih kepada Prof Dr Rushami Zein Yusoff, Mantan PNC UUM COB yang telah pun menerajui UUM COB selama lima (5) tahun. Beliau mengharapkan kerjasama antara Pusat Pengajian di UUM COB dipereratkan kerana faktor itu amat penting untuk sama-sama maju ke hadapan dan menjadikan UUM COB institusi yang dihormati dan dirujuk oleh ahli akademik dan pengamal industri.

Seramai 45 orang penjawat utama bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2017 telah menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof Yusnidah Ibrahim. Ini terdiri dari 9 orang dariPusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), 11 orang dariPusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan(SEFB), 7 orang dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), 7 orang dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Shafinaz (TISSA), 7 orang Pusat Pengajian Pengurusan Islam (IBS), 3 orang dari Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) dan seorang dari Unit Akreditasi AACSB.

Sekian.