English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

PENSYARAH KANAN STML UUM COB TERIMA GERAN ANTARABANGSA

on . Posted in News and Bulletin

dr nasrunPensyarah kanan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi berjaya memperoleh geran mobiliti The Newton–Ungku Omar Fund daripada British Academy berjumlah RM52,418.33.

Dr Mohd Nasrun yang juga Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UUM memperolehi geran tersebut melalui projek penyelidikannya bertajuk "A performance measurement approach to driving innovation and uptake of Industrialised Building System (IBS) in Malaysian construction projects."

Geran mobiliti selama setahun itu berkuatkuasa pada 16 Januari 2017 sehingga 15 Januari 2018.

Newton–Ungku Omar Fund merupakan program kerjasama lima tahun yang dilancarkan pada tahun 2014 oleh kerajaan Malaysia dan United Kingdom (UK).

Pengurusan dana tersebut dibuat menerusi dua agensi atau rakan kerjasama utama 'The Newton Fund' di Malaysia iaitu Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Menerusi kerjasama ini, The Newton Fund menyediakan £75 juta setiap tahun, bermula 2014 selama lima tahun, untuk membangunkan kerjasama sains dan inovasi bagi menggalakkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial negara-negara membangun.

Setiap tahun, permohonan dana penyelidikan ini dibuka untuk para penyelidik di Malaysia bersama rakan kerjasama (partner) di UK.

Justeru itu, para penyelidik UUM digalakkan untuk merebut peluang ini seterusnya dapat membantu universiti untuk meningkatkan perolehan dana penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Sumber : UUM ONLINE