English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

PENGALAMAN BELAJAR DIKOREA

on . Posted in News and Bulletin

pengalaman belajar di koreaMia Zulfah Binti Azharuddin Sahil pelajar dari program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian antara pelajar yang terpilih untuk menyertai program mobiliti berkredit selama satu semester ke Sejong University, Korea.

Selama lima bulan berada di bumi Korea telah dimanfaatkan sebaiknya dengan menuntut ilmu dan menggunakan masa yang terluang untuk meneroka bumi Korea.

Mia Zulfah juga telah mendapat keluarga angkat melalui progam yang dianjurkan oleh pihak universiti yang mana disifatkan amat baik dan banyak membantu sepanjang dia disana.

Selain mengikuti kelas pengajian beliau juga berkesempatan mengikuti kelas Bahasa Korea bagi memudahkan beliau untuk berinterasi dengan lebih lancar dengan rakan rakan dan pensyarah berbangsa Korea.

Menurut beliau lagi, setiap semester di Sejong Universiti akan mengada program Malaysia and Brunei Culture Festival yang mana pelajar mobiliti akan mengetengahkan budaya negara masing masing untuk mempromosikan budaya negara mereka.

Mia Zulfah dan rakan-rakan dari Malaysia turut berkesempatan mengadakan persembahan tarian tradisi Melayu, nyayian dan silat serta menyajikan masakan Malaysia sehingga dinobatkan Program Kebudayaan Terbaik, Persembahan Terbaik dan Masakan Terbaik

Di akhir kiriman e-mel, Mia Zulfah turut menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak UUM dan PPA UUM COB atas peluang yang diberikan dan akan terus berbakti kepada universiti sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.