English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

PPA UUM COB TERIMA LAWATAN DARIPADA UNIVERSITAS JENDERAL SOEDIRMAN, INDONESIA

on . Posted in News and Bulletin

universitas jenderal soedrmanPada 5 Mac 2017 yang lalu, Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni, UUM College of Business (PPA UUM COB) telah menerima lawatan seramai lima orang deligasi daripada Universitas Jenderal Soedirman (UNSOED) yang diketuai oleh Bapak Agung Praptapa, Pengarah Program Antarabangsa, UNSOED.

Tujuan utama deligasi berkunjung ke PPA UUM COB adalah untuk berjumpa dengan empat pelajar UNSOED yang sedang mengikuti program pertukaran pelajar di UUM COB. Perbincangan yang dipengerusikan oleh Encik Khairul Anuar Adnan, Penyelasan Praktikum PPA COB, antara lain turut membincangkan perihal praktikum jangka masa pendek yang juga merupakan program mobiliti I jam kredit.

Pihak UNSOED juga memuji kaedah penempatan "buddies" bagi setiap pelajar UNSOED sepanjang mereka berada di UUM yang disifatkan amat membantu memudahkan pelajar UNSOED sepanjang mereka di UUM. Pihak UNSOED juga berhasrat untuk menghantar lebih ramai pelajar mobiliti ke UUM pada masa-masa akan datang.

Turut hadir dalam pembincangan ini adalah wakil dari Sekolah Pengurusan Perniagaan (SBM) iaitu Dr. Abdul Shukor B Shamsudin & Dr. Mohd Rashadan Bin Sallehuddin.