English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

STUDENT LOUNGE KEDUA DISERAHKAN KEPADA UUM COB

on . Posted in News and Bulletin

student lounge

UUM COB yang diwakili Penolong Naib Canselornya, Prof Dr Yusnidah Ibrahim telah menerima penyerahan kunci Student Lounge Mawar yang baharu beroperasi di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Intan Safinaz (TISSA), tadi.

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengarah UUMIT, Kamarudin Abdullah di Student Lounge Mawar dan bakal diikuti satu lagi Student Lounge yang akan dibuka pada akhir Mac ini di UUM COLGIS iaitu Student Lounge Melati.

Student Lounge Mawar merupakan yang kedua diserahkan selepas Student Lounge Melur di Bangunan Ekonomi, baru-baru ini.

Kamarudin berkata, pihaknya mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkan Student Lounge tersebut bagi memudahkan pelajar untuk bertemu dan membincangkan aktiviti akademik atau bukan akademik dalam suasana yang santai dan selesa, selain boleh digunakan sebagai tempat untuk mengadakan mesyuarat serta pertemuan kakitangan dengan pelawat.

Katanya, selepas penyerahan itu pihak UUM COB akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Student Lounge itu yang terletak di bangunan TISSA.

Antara kemudahan yang disediakan di Student Lounge ini ialah Wifi berkelajuan tinggi, lima unit komputer dengan akses internet, kaunter khidmat pelanggan dan ruang multimedia.

Selain pembukaan Student Lounge di UUM CAS, UUM COB dan UUM COLGIS, pelajar juga boleh menggunakan kemudahan disediakan di Student Lounge di semua Inapan Siswa (INASIS).

Hadir sama, Dekan PPA COB, Dr Hendrik Lamsali; Timbalan Dekan TISSA, Prof Madya Dr Nor Aziah Abd Manaf dan pegawai-pegawai kanan UUM.

Sumber: UUM Online