English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

LOGTRANS MUNCUL JUARA DEBAT LOGISTIK, PENGANGKUTAN DAN RANTAIAN PEMBEKALAN

on . Posted in News and Bulletin

juara debatKelab Logistik dan Pengangkutan (Logtrans) telah muncul sebagai juara dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Debat Logistik, Pengangkutan dan Rantaian Pembekalan yang dianjurkan oleh Persatuan Logistik Malaysia, Chartered Institute of Logistics and Transportation (CILT) Penang dan Women In Logistics and Transport (WiLAT).

Pertandingan perbahasan ini telah dianjurkan buat kali kedua dan diadakan pada 1 April 2017 di AK Academy, Pulau Pinang.

Seramai 6 kumpulan peserta terdiri daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), AK Academy Pulau Pinang, Universiti Wawasan Terbuka (WOU) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kelab Logtrans yang dianggotai oleh Thum Wei Mang, Kh'ng Jing Yi, Koh Jia Yin, dan Teoh Kher Nee telah melalui cabaran yang disifatkan lebih mencabar daripada sebelum ini namun berkat kerjasama dan sokongan padu daripada pasukan mereka berjaya mengharungi cabaran dengan jayanya dan berjaya mengekalkan kejuaraan.