English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

LAWATAN PENANDAARASAN KE MPC PETALING JAYA

on . Posted in News and Bulletin

lawatan penandaarasan mpcPada 31 Mac 2016 (Jumaat), staf pentadbiran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Pejabat PNC COB telah mengadakan lawatan ke Malaysia Productivity Corporation (MPC), Petaling Jaya. Program ini melibatkan 15 orang staf pentadbiran yang diketuai oleh Puan Hasliza Hassan, Penolong Pendaftar SEFB.

Sepanjang lawatan penandaarasan ini, Encik Andra Syahrizal, iaitu Pegawai MPC telah berbincang dan berkongsi pandangan dalam pelbagai isu yang berkaitan. Antaranya, pembudayaan 5S/QE yang memerlukan komitmen daripada pengurusan tertinggi jabatan dan semua staf dalam menyediakan tempat kerja yang kondusif. Sebagai mendokong hasrat kerajaan ke arah penjimatan, pihak MPC turut memberi penjelasan kepada ahli rombongan tentang model baru 5S/QE yang berkaitan dengan penjimatan. Contohnya; penjimatan masa dari segi servis kepada pelanggan. Beliau turut menekankan bahawa pengurusan moral individu merupakan ejen utama untuk menjamin 5S/QE diamalkan secara berterusan ['S' yang kelima iaitu SHITSUKE/ Sentiasa Amal/ Self-discipline] di setiap pusat tanggungjawab.

Semoga lawatan ini akan menggiatkan usaha dalam memastikan 5S/QE dilaksanakan sepenuhnya melalui komitmen semua staf pentadbiran. Selain daripada memperkasakan amalan dan pembudayaan 5S di SEFB, lawatan ini juga akan menjadi platform dalam usaha ke arah pensijilan MPC pada masa akan datang.