English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

MOBILITI OUTBOUND KE JEPUN PELUANG YANG AMAT BERMAKNA

on . Posted in News and Bulletin

outbound jepunPada sesi Februari 2017 ini seramai (5) lima orang pelajar telah terpilih bagi mengikuti program mobiliti antarabangsa ke beberapa buah universiti terkemuka di negara matahari terbit iaitu Jepun. Antara universiti yang terlibat adalah Tsukuba University, Waseda University dan Yokohama National University Jepun. Berkarakter menarik, cemerlang dalam akademik serta aktif dalam pelbagai aktiviti universiti merupakan faktor utama pelajar –pelajar ini terpilih sebagai duta kecil UUM ke universiti-universiti terkemuka ini. Dalam kiriman e-mel kepada Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni PPA UUM COB, mereka sempat mengirimkan beberapa keping gambar aktiviti yang disertai di sana.
" Jauh perjalanan, luas pemandangan" inilah yang cuba diterapkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pejabat PPA UUM COB dengan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar bertujuan membuka minda mereka dengan budaya dan persekitaran yang berbeza di luar negara.
Sebagai duta kecil UUM , Dekan PPA UUM COB, Dr. Hendrik Bin Lamsali berharap pelajar terpilih ini dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta menjadi contoh kepada pelajar mobiliti lain di sana. Dalam kirim email kepada PPA UUM COB pelajar –pelajar juga ini sempat melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada UUM kerana memberi peluang keemasan kepada mereka untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Pelajar yang terpilih adalah seperti berikut:

BIL

NAMA

NO MATRIK

PROGRAM

UNIVERSITI

1

Anis Allissa Binti Mohd Azran

234036

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Tsukuba University

2

Nur Binti Azlan

236262

Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa

Tsukuba University

3

Nor Ashikin Bt Abd Rahman

240939

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi

Waseda Universiti

4

Mahalakshmi A/P Bakthavasalam

232955

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

Yokohama National Universiti

5

Mohammad Ameerullah Salleh

239220

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan kewangan Islam

Yokohama National Universiti