English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

MAJLIS WELCOMING & HOMECOMING PELAJAR MOBILITI UUM COB

on . Posted in News and Bulletin

welcomingUsai sudah Majlis Welcoming dan Homecoming Pelajar Mobiliti UUM COB yang berlangsung pada 11 April 2017 bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam, UUM.
Majlis ini diadakan bertujuan bagi meraikan kepulangan pelajar mobiliti outbound UUM COB yang telah berjaya menamatkan program mobiliti mereka didalam dan luar negara serta bagi menyambut kedatangan pelajar mobiliti inbound dari luar dan dalam negara yang telah memilih UUM sebagai universiti pilihan mereka bagi menjalani program mobiliti.
Majlis yang berlangsung selama dua jam ini berjaya mengumpulkan hampir 60 orang pelajar. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Dr Hendrik bin Lamsali, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COB dan disusuli dengan ucapan daripada Penolong Naib Canselor UUM COB, Yang Berusaha Profesor Dr.Yusnidah Ibrahim.
Dalam ucapan beliau, Yang Berusaha Profesor Dr.Yusnidah turut menyuarakan hasrat untuk melihat lebih banyak program berbentuk seperti ini yang disertai oleh pelajar UUM, kerana graduan yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang ditambah dengan penglibatan secara aktif dalam kokurikulum adalah antara graduan yang didambakan dalam pasaran pekerjaan.
Wakil pelajar mobiliti inbound, Laura Silvia Mueller dari Universiti Hamm – Lippstadt Applied Science, Jerman, turut berkongsi pengalaman yang berharga di UUM. Laura tidak dapat menyembunyikan rasa rindukan keluarga dan kampung halaman yang mana rata-rata pelajar mobiliti menghadapi situasi yang sama. Laura menyifatkan program 1 buddies untuk 1 pelajar mobiliti yang terdiri dalam kalangan pelajar Global Buddies Club (GBC) amat membantu beliau melalui kehidupan di UUM. Laura juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai apa juga acara yang dianjurkan sekiranya bersesuaian. Pengalaman mengikuti program mobiliti seharusnya digunakan oleh setiap pelajar yang terpilih untuk menimba pengamalan.
Bagi Ahmad Ashraf Abdul Moes, wakil pelajar mobiliti outbound dalam ucapannya turut menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Ashraf yang mengikuti mobiliti ke SIAS International University, China menyifatkan pengamalan belajar di negara tersebut amat berharga. Ashraf menyatakan isu utama mereka adalah rindukan keluarga dan kampung halaman tetapi dengan kemudahan komunikasi sekarang, jarak bukan lagi menjadi isu utama.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada pelajar dan upacara penyampaian sijil kepada pelajar mobiliti outbound dan inbound. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 12.00 tengahari.
Turut hadir wakil-wakil daripada Pusat Pengajian dibawah Kolej Perniagaan.