English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

BETA GAMMA SIGMA BATU LONCATAN KE PERSADA ANTARABANGSA

on . Posted in News and Bulletin

beta gama sigmaKumpulan pertama pelajar yang bakal menjadi ahli Beta Gamma Sigma (BGS), Chapter UUM telah diraikan dalam majlis interaksi bersama Penolong Naib Canselor UUM College of Business, Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim dan Dekan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) COB, Dr. Hendrik Lamsali di Dewan Seminar Pusat Islam baru-baru ini.

Prof. Dr. Yusnidah dalam ucapannya berkata kumpulan sulung ini patut berbangga kerana telah melalui beberapa tapisan sebelum disenarai pendek menjadi ahli BGS pertama di Malaysia dan merupakan yang kelima di rantau Asia Tenggara.

"Manfaatkan peluang ini sebaiknya untuk mencapai pendidikan yang berkualiti melalui rangkaian dengan pelajar-pelajar antarabangsa dari sekolah-sekolah perniagaan terkemuka seluruh dunia," katanya.

Sementara itu Dr. Hendrik menambah UUM melalui Pejabat PPA UUM COB akan terus berusaha mencari kaedah terbaik untuk mengetengahkan ahli BGS agar dikenali dalam kalangan pemain industri negara.

Majlis itu juga turut membuka sesi dialog dan Soal Jawab antara pelajar BGS dan Pihak Pengurusan Tertinggi UUM COB.

Turut hadir, Prof. Dr. Ku Nor Izah Ku Ismail, Pengarah AACSB, Prof Madya Dr. Nor Aziah Abd Manaf, Timbalan Dekan TISSA, Prof Madya. Dr. Fais Ahmad, Timbalan Dekan, SBM, Dr. Mohamad Zaki Ahmad, Timbalan Dekan, SoIS, Dr. Ahmad Khilmy Abd. Rahim, Wakil Dekan IBS dan Dr. Rohaizah Saad, Wakil Dekan STML.

Sumber : UUM Online