English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

UUM COB TERIMA PELAJAR MOBILITI INBOUND DARI CHINA SESI SEPTEMBER 2017

on . Posted in News and Bulletin

UUM COB TERIMA PELAJAR MOBILITI INBOUND DARI CHINA SESI SEPTEMBER 2017UUM COB telah menerima seramai 68 orang pelajar daripada 20 buah universiti dari seluruh daerah tanah besar China.

Rata - rata pelajar adalah dibawah program pengajian dibawah Pusat Pengajian Ekonomi, Perbankan dan Kewangan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik serta Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Intan Syafinaz ini dan akan menjalani pengajian selama satu semester.

Para pelajar berasa teruja dan gembira kerana berpeluang menjalani program ini. Disamping dapat merasai kelainan dari segi budaya dan cara hidup di UUM, pelajar juga teruja untuk meneroka keindahan kampus UUM yang banyak menyediakan prasarana yang menarik seperti sukan ekuin dan go-kart.

Bagi memudahkan pelajar menyesuaikan diri di UUM, setiap daripada mereka diberikan buddies yang terdiri daripada pelajar mobiliti outbound UUM COB.

Dr Hendrik bin Lamsali , Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COB dalam sesi taklimat berharap pelajar-pelajar ini selesa dalam persekitaran UUM dan menyesuaikan diri dan belajar dengan sempurna.

Sumber: PPA UUM COB