English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

Hi-Tea Alumni UUM COB Imbau Kenangan

on . Posted in News and Bulletin

berita homecomingBagi meraikan kepulangan bekas pelajar UUM COB khasnya, Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni COB (PPA COB) telah menganjurkan Hi-tea With UUM COB Alumni di EDC Hotels & Resorts, petang tadi.

Majlis tersebut dihadiri Yang Menjalankan Tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang juga PNC UUM COB mewakili Naib Canselor.

Dalam ucapan beliau berkata, UUM sentiasa berusaha memastikan mempunyai hubungan erat dengan alumni dan gembira melihat kejayaan yang dikecapi semua alumni yang lahir dari universiti ini.

Katanya, alumni diharapkan dapat membantu untuk mempromosikan universiti, selain meningkatkan keterlihatan universiti di peringkat tertinggi.

"Dengan pencapaian demi pencapaian diperoleh UUM, saya harap alumni kita tidak merasa malu untuk mengaku lahir dari universiti ini, malah berasa bangga terutama apabila kedudukan UUM melonjak naik dalam QS Asia University Ranking yang diumumkan baru-baru ini dan meletakkan UUM di kedudukan ketujuh dalam Malaysia.

"Selain itu, saya harap dengan progam 'homecoming' ini dapat mengimbau kembali zaman belajar di UUM yang semakin berubah dalam tempoh 30 tahun penubuhan," katanya.

Sementara itu, wakil alumni, Dato' Lim Thean Shiang melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali ke UUM setelah sekian lama.

Beliau yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Daya Material Berhad dan Pengarah MSM Malaysia Holdings Berhad berharap untuk melihat UUM menjadi Asia Harvard University pada masa hadapan.

Pada majlis itu turut dilancarkan UUM COB Students' Factsheet dan UUM COB Talent Inventory.

Terdahulu, beberapa alumni tersebut termasuk Pengurus Besar Coway Malaysia Sdn Bhd, Mohd Najib Abdul Hadi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di Balai Tamu.

Hi-tea tersebut sempena program Alumni Homecoming Week berlangsung selama tiga hari mulai hari ini yang mana turut diadakan sesi syarahan oleh alumni UUM COB terlibat dan sesi alumni bersama Persatuan Pelajar COB.