English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

'Road Tour' PNC UUM COB ke TISSA-UUM

on . Posted in News and Bulletin

road tour tissa112 Mac 2018, TISSA-UUM : Penolong Naib Canselor (PNC) UUM COB telah meluangkan masa menziarahi warga kerja Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) baru-baru ini. Lawatan ini merupakan lawatan pertama oleh Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah yang baru sahaja dilantik sebagai PNC UUM COB bagi tahun 2018.

Program 'Road Tour' Penolong Naib Canselor ke Pusat Pengajian UUM COB, bertujuan untuk mendekati dan memahami dengan lebih terperinci tanggungjawab dan fungsi setiap pusat Pengajian di bawah seliaan UUM COB. TISSA-UUM merupakan pusat pengajian pertama yang dilawati PNC. Kehadiran PNC ke Bilik Mesyuarat Insan Fikir disambut mesra oleh Dekan, Timbalan Dekan dan warga kerja TISSA-UUM yang berkelapangan pada masa itu. Prof. Madya Dr. Chek Derashid, Dekan TISSA-UUM memulakan majlis dengan ucapan terima kasih di atas kesudian Yg Berusaha Prof Dr. Haim Hilman Abdullah turun padang dan mendekati setiap kakitangan di TISSA-UUM. Prof. Madya Dr. Chek telah memperkenalkan semua penjawat TISSA-UUM dan membentangkan laporan pelan strategik TISSA-UUM bagi tahun 2017 sekaligus melaporkan perkembangan terkini pusat pengajian terutamanya dalam persediaan TISSA-UUM menghadapi lawatan audit EPAS.

Prof. Dr. Haim Hilman di dalam ucapannya memaklumkan hasil dapatan Pelan Strategik UUM COB secara kesseluruhan dan pencapaian bagi setiap pusat pengajian. Program road tour ini diteruskan dengan sesi soal jawab diantara staf TISSA-UUM bersama PNC. Antara isu-isu yang diutarakan adalah berkenaan kenaikan pangkat staf akademik, insentif kepada pelajar pascasiswazah untuk penerbitan artikel jurnal dalam Scopus, peratus staf akademik antarabangsa yang sedikit, permohonan sabatikal dari pihak luar dan lain-lain lagi.

Sebelum majlis berakhir, PNC sekali lagi memberi kata-kata semangat dan berharap segala perancangan dapat berjalan lancar. PNC juga menekankan mengenai kepentingan dalam meningkatkan bukan sahaja kualiti, tetapi juga bilangan penyelidikan, penerbitan dan citation. PNC berharap agar TISSA-UUM akan lebih cemerlang dan dapat menempatkan semula TISSA-UUM dalam senarai subject ranking.