English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

MOBILITI BERKREDIT KE WASEDA UNIVERSITY, JEPUN SESI A172

on . Posted in News and Bulletin

wasedaKalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" tidak tercapai impian jika tidak mahu bersusah payah. Walau perlu berjauhan dengan keluarga namun terpaksa bercekal hati demi mencapai impian menimba ilmu di perantauan.
Seorang pelajar bertuah Muhammad Fakhrul Ikmal Kastari (238842), Jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi telah terpilih bagi menyertai program mobiliti berkredit ke Waseda University, Jepun selama satu (1) semester.

Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, PPA UUM COB sentiasa menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar bertujuan membuka minda mereka dengan budaya dan persekitaran yang berbeza di luar negara.

Fakhrul yang juga merupakan Presiden Persatuan Pelajar Ekonomi (ECOSA) merupakan seorang pelajar yang amat aktif dan cemerlang dalam bidang akademik.

Muhammad Fakhrul Ikmal Kastari yang juga penerima biasiswa dibawah Asean International Mobility for Students (AIMS) sempat melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada UUM kerana memberi peluang keemasan kepada mereka untuk merasai pengalaman belajar di luar negara.

Pada sesi Februari 2018 seramai (35) tiga puluh lima orang pelajar telah terpilih mengikuti program mobiliti antarabangsa ke universiti seluruh asia. Berkarakter menarik, cemerlang dalam akademik serta aktif dalam pelbagai aktiviti universiti merupakan faktor utama pelajar –pelajar ini terpilih bagi menyertai program mobiliti ini.

Sebagai duta kecil UUM ke Waseda, Dekan PPA UUM COB, Dr. Hendrik Bin Lamsali berharap pelajar terpilih ini dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta menjadi contoh kepada pelajar mobiliti lain di sana.