English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

'ROAD TOUR' PNC UUM COB KE SEFB

on . Posted in News and Bulletin

beritaSelepas meluangkan masa bersama warga kerja TISSA-UUM, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) pula menjadi pusat pengajian kedua yang dilawati oleh Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Penolong Naib Canselor (PNC) UUM COB.

Kehadiran Prof. Dr. Haim Hilman ke Bilik Seminar, SEFB disambut mesra oleh warga kerja SEFB yang diketuai oleh Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Siti Aznor Hj. Ahmad. Pengacara majlis, Dr. Adilah Azhari memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah seterusnya mengalu-alukan kedatangan PNC ke SEFB. Majlis diteruskan dengan pembentangan laporan mengenai pencapaian Pelan Strategik dan perkembangan terkini aktiviti pusat pengajian oleh dekan SEFB.

Prof. Dr. Haim Hilman di dalam ucapannya memaklumkan hasil dapatan Pelan Strategik UUM COB secara keseluruhan dan pencapaian bagi setiap pusat pengajian. Dalam ucapan PNC, beliau menggalakkan supaya staf akademik membuat persediaan dan persiapan sewajarnya untuk memohon kenaikan pangkat. Pensyarah disaran untuk mula mengisi borang KPA2 dari awal dan menambah maklumat dari masa ke semasa. Dengan itu, permohonan staf akademik akan lebih teratur, lengkap dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Program ini diteruskan lagi dengan sesi soal jawab di antara staf SEFB bersama PNC. Antara isu-isu yang diutarakan adalah berkenaan penerbitan jurnal di dalam bidang kepakaran masing-masing, meningkatkan penyelidikan, aktiviti-aktiviti kelab di bawah SEFB dan lain-lain lagi.

Sebelum majlis berakhir, PNC sekali lagi memberi kata-kata semangat dan berharap segala perancangan di peringkat pusat pengajian berjalan lancar. PNC juga menekankan kepentingan untuk meningkatkan bukan sahaja kualiti, tetapi juga bilangan penyelidikan, penerbitan dan citation. PNC berharap agar SEFB akan lebih maju dan cemerlang.