English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

'ROAD TOUR' PNC UUM COB KE STML

on . Posted in News and Bulletin

berita web'Road Tour' PNC COB diteruskan lagi ke Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) yang menjadi destinasi pusat pengajian ke tiga yang dikunjungi oleh Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Penolong Naib Canselor (PNC) UUM COB.

Dekan STML, Prof. Dr. Shahimi Mohtar mengetuai warga kerja STML berbesar hati menyambut kedatangan Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah ke Bilik Mesyuarat Utama STML. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Prof. Madya Dr. Hasbullah Haji Ashari dan seterusnya pengerusi majlis mengalu – alukan kehadiran PNC COB ke STML. Lokasi STML yang terletak sedikit jauh dari pusat – pusat pengajian di bawah kolej perniagaan tidak menjadi halangan buat PNC COB untuk hadir mendekati warga kerja STML dengan lebih mesra. Majlis diteruskan dengan pembentangan laporan mengenai pencapaian Pelan Strategik dan perkembangan terkini aktiviti pusat pengajian oleh Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Razalli.

'This Is STML' merupakan slogan yang dipegang oleh seluruh warga STML bagi menggambarkan semangat setiap warga kerja di STML. Timbalan Dekan STML turut menceritakan sejarah awal penubuhan pusat pengajian di mana pada asalnya STML lahir dari Sekolah Pengurusan. Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dalam ucapannya menekankan tentang pentingnya 'citation' dalam penerbitan perlu dilaksanakan terutamanya dalam kalangan rakan – rakan pensyarah. PNC COB juga menyeru rakan – rakan pensyarah supaya membuat persediaan yang awal untuk memohon kenaikan pangkat. Isu kebajikan staf juga turut disuarakan oleh PNC COB di mana isu tersebut haruslah diberi perhatian yang sewajarnya kerana setiap staf yang ditimpa bencana atau menghidapi komplikasi kesihatan mempunyai sumbangannya yang tersendiri kepada universiti.

Sesi soal jawab diteruskan bagi memberi peluang kepada warga kerja STML untuk menyuarakan pendapat ataupun berkongsi idea secara terus kepada PNC COB. Antara isu – isu yang dilontarkan kepada PNC COB berhubung dengan penggunaan dana geran sebagai insentif untuk hadir ke sesuatu persidangan, kenaikan pangkat tutor ke pensyarah, dan hal – hal lain.

PNC COB mengakhiri majlis tersebut dengan memberikan kata – kata motivasi buat seluruh warga kerja STML dan berharap segala perancangan yang telah dirangka oleh STML berjalan dengan lancar. Dalam majlis yang sama, PNC COB juga dijemput oleh Dekan STML untuk menyampaikan hadiah kepada penerima 'STML Top Academian 2017'.