English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

PNC UUM COB Dekati Staf Pejabat PPA UUM COB Dan Unit Akreditasi AACSB

on . Posted in News and Bulletin

ppa aacsbUUM COB ONLINE: PNC UUM COB meneruskan aktiviti 'Road Tour' beliau ke Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA UUM COB)dan Unit Akreditasi AACSB. Perjumpaan kali ini diadakan di Bilik Kedah, Bangunan SBM, UUM COB.

Dekan Pejabat PPA UUM COB, Dr. Hendrik Lamsali dan Pengarah Unit Akreditasi AACSB, Prof. Dr. Ku Nor Izah Ku Ismail amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk meluangkan masa bersama - sama PNC UUM COB, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ummul kitab oleh Dr. Hendrik Lamsali dan seterusnya mengalu – alukan kedatangan PNC UUM COB.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri semua staf Pejabat PPA UUM COB dan Unit Akreditasi AACSB. Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan laporan dan aktiviti terkini dari Pejabat PPA UUM COB oleh Dr. Hendrik Lamsali dan laporan terkini Unit Akreditasi AACSB oleh Prof. Dr. Ku Nor Izah Ku Ismail.

Pejabat PPA UUM COB berperanan dalam membentuk para pelajar UUM COB menentukan hala tuju mereka setelah mereka tamat pengajian di UUM. Pejabat PPA UUM COB bertanggungjawab menyelaras pelajar - pelajar praktikum, menyediakan program mobilitI pelajar dan aktiviti - aktiviti persatuan para pelajar UUM COB. Selain itu, Pejabat PPA UUM COB juga mengenalpasti alumni – alumni UUM COB dan menjemput mereka untuk memberi sedikit motivasi kepada para pelajar untuk lebih bersemangat dalam pembelajaran di samping alumni sendiri boleh kembali menyumbang kepada universiti dan UUM COB khasnya. Secara amnya Unit Akreditasi AACSB pula dipertanggungjawabkan bagi mengekalkan pengiktirafan akreditasi antarabangsa AACSB yang telah diperoleh pada tahun 2016. Menurut Pengarah Unit Akreditasi AACSB, maklumat dan bahan – bahan yang terkini harus dikumpul sebagai persiapan untuk penyediaan laporan Continuous Improvement Review (CIR).

Sesi soal jawab diteruskan lagi bagi membuka peluang buat staf Pejabat PPA UUM COB dan Unit Akreditasi AACSB melontarkan idea ataupun berkongsi pendapat secara terus kepada PNC. Kekangan Kewangan jabatan antara isu yang diutarakan oleh staf yang hadir.

Majlis tersebut diakhiri dengan kata – kata semangat daripada PNC kepada semua staf Pejabat PPA UUM COB dan Unit Akreditasi AACSB. Beliau berharap kelancaran pentadbiran di kedua – dua pejabat tersebut diteruskan dengan lebih cekap dan lancar. PNC turut berharap agar semua objektif yang telah ditetapkan oleh Pejabat PPA UUM COB dan Unit Akreditasi AACSB dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Tamat.