English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

IBS Terima Kunjungan PNC UUM COB

on . Posted in News and Bulletin

berita ibsUUM COB ONLINE: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) menjadi destinasi terakhir bagi program 'Road Tour' oleh Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.

PNC UUM COB disambut oleh seluruh warga kerja IBS yang diketuai oleh Dekan IBS, Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim di Bilik Mesyuarat Utama SEFB. Seluruh warga kerja IBS berbesar hati menyambut kedatangan PNC UUM COB dan keceriaan pada setiap wajah staf yang hadir jelas terpancar apabila berpeluang secara langsung bersemuka dengan PNC UUM COB. Walaupun IBS agak kecil sekiranya dibandingkan dengan pusat – pusat pengajian yang lain, namun semangat yang ditunjukkan oleh setiap warga kerja IBS menggambarkan mereka setaraf dengan pusat – pusat pengajian yang sedia ada di UUM COB. Pembentangan laporan dan perkembangan terkini aktiviti pusat pengajian oleh Dekan IBS menjadi agenda pertama dalam majlis ini.

Dekan IBS, Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata program 'Road Tour' yang diadakan oleh PNC UUM COB banyak manfaatnya sekali gus warga kerja pusat – pusat pengajian di UUM COB dapat beramah – mesra dan menyuarakan pendapat secara terus sekiranya terdapat apa – apa permasalahan di pusat pengajian kepada PNC UUM COB. Dekan IBS turut menekankan Key Perfomance Indicator (KPI) yang sering digunakan di jabatan – jabatan lain diolah menjadi Key Amal Indicator (KAI) di IBS selaras dengan jati diri yang diterapkan kepada warga kerja IBS. Keikhlasan, usaha gigih, amanah dan ukhuwah sebagai sumber kekuatan menjadi pegangan dalam setiap diri staf di IBS.

Warga kerja IBS berpeluang melontarkan pendapat ataupun idea secara terus kepada PNC UUM COB pada sesi soal jawab. Antara isu – isu yang diutarakan kepada PNC UUM COB adalah berhubung dengan kekangan kewangan, kekurangan fasiliti di pusat pengajian, isu - isu perjawatan, laluan kerjaya setiap pensyarah dan hal – hal lain.

Majlis tersebut diakhiri dengan kata – kata motivasi oleh PNC UUM COB kepada seluruh warga kerja IBS dan beliau berharap segala objektif dan perancangan yang dirangka oleh IBS berjaya dicapai dengan jayanya sekaligus meningkatkan pencapaian Pusat Pengajian Perniagaan Islam standing dengan pusat – pusat pengajian yang lain.