English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

LAWATAN PENANDAARASAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI KE UUM COB

on . Posted in News and Bulletin

psp1Pada 03 Mei 2018, UUM COB telah menerima lawatan seramai 38 orang pensyarah dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai .

Pensyarah – pensyarah yang hadir terdiri daripada 4 program iaitu Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Logistik dan Perbankan Islam. Lawatan tersebut telah disambut oleh wakil Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Madya Dr. Siti Aznor Hj. Ahmad iaitu dekan SEFB. Turut hadir sama wakil – wakil dari setiap pusat pengajian mengikut bidang iaitu Prof. Madya Dr. Natrah Saad, Prof. Madya Dr. Rapiah Mohamed, Dr. Rosli Mohamad dari TISSA, Dr. Mohd Sollehudin Shuib, Dr. Zairy Zainol, Dr. Nursiha Alias dari IBS, Dr. Suhaila Abdul Hanan dari STML dan Dr. Rawiyah Abd Hamid dari SBM.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerja di samping bertukar – tukar idea dan pendapat dalam bidang akademik, pengurusan, aktiviti pelajar, penyelidikan dan kolaborasi. Ketua Program Logistik & Rangkaian Bekalan, Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai, Pn. Rosmizar Rosli berkata peluang ini perlulah dimanfaatkan sebaiknya supaya input yang diperoleh dapat dijadikan bekalan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran setelah mereka pulang ke Politeknik Seberang Perai. Wakil PNC UUM COB, Prof. Madya Dr. Siti Aznor Hj. Ahamd turut menekankan bahawa selaku warga pendidik kita seharusnya menggalas tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita sebaiknya kerana setiap pelajar yang merupakan amanah kepada setiap warga pendidik. Kejayaan serta peribadi seseorang pelajar sedikit sebanyak dapat dibentuk oleh kita sendiri selaku tenaga pengajar. Beliau juga berbesar hati mempelawa para pensyarah dari Politeknik Seberang Perai untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia.

Warga kerja Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai berpeluang melontarkan pendapat ataupun idea secara terus dengan wakil – wakil pusat pengajian pada sesi perkongsian dan soal jawab. Peningkatan Kualiti pengajaran dan kolaborasi bersama agensi – agensi luar antara perkara utama yang sering kali diutarakan.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada wakil pensyarah Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai. Input yang diperoleh diharap dapat menjadi bekalan yang bermanfaat dan dapat dipraktikkan dengan sebaiknya.

Tamat.