English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

RICE 2018 PLATFORM PELAJAR PAMER KEMAHIRAN

on . Posted in News and Bulletin


ricePameran Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (RICE 2018) anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) menjadi medan kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran mereka sepanjang tempoh pengajian di universiti ini.
Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Pengurusan Perniagaan, Keusahawanan, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, ICT dan Multimedia serta kategori Terbuka.
Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, penganjuran RICE buat kali kedua itu adalah bertujuan memberi ruang kepada pelajar SBM khususnya untuk mempamerkan kemahiran mereka selaras dengan pengetahuan yang diperoleh semasa menghadiri daripada pelbagai kuliah yang dihadiri oleh pelajar. Program kali ini juga turut disertai oleh peserta-peserta dari luar yang turut mempertandingkan hasil innovasi dan kreativiti mereka.
Justeru, katanya, ia merupakan program yang dibangunkan untuk membolehkan mereka mengemukakan idea dalam bentuk projek, pelan perniagaan, hasil inovasi dan sebagainya.
Projek Auto S.O.S dari kategori ICT dan Multimedia yang diketuai Norsaleha Idris dan dibawah seliaan Prof. Madya Dr Thi Lip Sam telah berjaya merangkul juara keseluruhan pada RICE 2018, selain menjadi juara bagi kategori tersebut.
Selain itu, lima lagi kategori lain iaitu Pengurusan Perniagaan dimenangi UUM Food Delivery App, Keusahawanan (Product Innovation: Ola Hiking Stick), Pemasaran (J.CO Coffee & Donuts Service Blueprint), Pengurusan Sumber Manusia (Crack Your Character (CYC)) dan kategori terbuka dimenangi oleh Kolej Vokasional Alor Setar dengan projek mereka Smart Portable Cooling Box.

Sumber : UUM Online