English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

TAKLIMAT AACSB, BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN ASSURANCE OF LEARNING (AOL) DAN SISTEM SEDONA DI UUMKL

on . Posted in News and Bulletin

taklimat aacsb uumklUUMKL, 29-30 Julai 2017 (Ahad-Isnin) : Taklimat AACSB, Bengkel Penyediaan Laporan Assurance of Learning (AoL) dan Sistem Sedona berlokasi di UUMKL adalah siri ketujuh Roadshow AACSB bagi tahun 2018. Latihan ini melibatkan seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UUMKL dan OYA kampus KL. Objektif latihan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai AACSB, kaedah penyediaan laporan AoL dan proses mengemaskini Sistem Sedona.

Pengarah Unit Akreditasi AACSB, Prof. Dr. Ku Nor Izah Ku Ismail telah menyampaikan taklimat AACSB kepada pensyarah UUMKL dan OYA. Seterusnya slot kaedah penyediaan laporan AoL dan kemaskini sistem Sedona telah dikendali oleh Dr. Hasniza Mohd. Taib, ahli taskforce AACSB 2018 dan Cik Normizan bt. Yusoff, Penolong Pendaftar Unit Akreditasi AACSB UUM COB.

Turut hadir bersama dalam bengkel ini ialah Pengarah UUMKL, Prof. Dr. Shahimi Mohtar.

Tamat.