English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

Bengkel Pemantapan Proses CIR

on . Posted in News and Bulletin

cir aacsbDalam usaha mengekalkan status akreditasi AACSB, Unit Akreditasi AACSB, UUM COB telah mengadakan Bengkel Pemantapan Proses Continuous Improvement Review (CIR) di Langkawi.

Bengkel ini membincang dan menyediakan laporan bagi melengkapkan permohonan CIR dengan mengambilkira saranan yang dikemukakan oleh Peer Review Team (PRT) AACSB pada tahun 2016.

Pelbagai maklumat diperolehi hasil kerjasama dari semua pusat pengajian UUM COB, Jabatan Perniagaan Antarabangsa, SOIS dan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business dalam menyediakan laporan ini.

Bengkel ini merupakan persediaan awal UUM COB dalam menyedia laporan CIR dan menerima lawatan kedua Peer Review Team yang akan menilai status akreditasi AACSB UUM COB pada tahun 2021/2022.

Dalam menjayakan agenda AACSB, staf di bawah Unit Akreditasi AACSB dan pejabat Penolong Naib Canselor UUM COB juga memperkemaskan lagi hal ehwal pentadbiran dan perancangan program bersama pada tahun 2019.

Di samping itu, pelbagai aktiviti berkumpulan telah dijalankan dalam mengukuhkan hubungan dan meningkatkan lagi kerjasama berkumpulan.

Bengkel ini dikendalikan oleh Pengarah Unit Akreditasi AACSB UUM COB, Prof. Dr. Ku Nor Izah Ku Ismail.

Turut bersama dalam bengkel ini adalah mantan Pengarah, Prof. Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin yang merupakan perunding Akreditasi AACSB UUM.

Sumber : UUM Online