English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

Alumni UUM COB Kongsi Pengalaman Untuk Majukan Universiti

on . Posted in News and Bulletin

ALUMNI2018Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan (PPA COB), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah menganjurkan program UUM COB Alumni Home-Coming 3.0 yang berlangsung di sekitar UUM baru-baru ini.

Program ini berjaya mengumpul seramai lebih 20 alumni UUM COB terdiri di kalangan staf akademik dan pentadbiran serta alumni dari luar UUM.

Dekan PPA COB, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata program bertujuan untuk mengumpulkan alumni UUM COB bagi berkongsi idea memajukan lagi UUM.

"Program ini melibatkan alumni-alumni UUM COB dari awal penubuhan UUM sehingga hari ini, namun tidak semua alumni dapat menghadirkan diri kerana kekangan masa dan pekerjaan masing-masing.

"Tujuan program ini adalah bagi menjana dan mengumpulkan idea-idea baru dalam kalangan alumni bagi memajukan UUM di masa hadapan," ujarnya.

Tambah Dr. Hendrik, program Alumni Home-coming kali ini memfokuskan kepada alumni dalaman yang bekerja di UUM dan merupakan "prelude" kepada program alumni dalaman tahun depan.

Antara pengisian sepanjang program ini ialah Alumni@Campus Tour, Alumni@Class, Alumni@Faculty dan Alumni@Hi-Tea.

Sumber : UUM Online