English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

Produk Inovasi IBS Mendapat Pingat Emas Dan Perak Dalam Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti 2018

on . Posted in News and Bulletin

PRODUK INOVASI IBSPada 14 hingga 16 November 2018 bertempat di Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah berlangsung pertandingan inovasi dan kreativiti yang bertemakan memperkasakan inovasi dan kreativiti ke arah revolusi industri 4.0. Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM COB) melalui dua (2) produk hak cipta iaitu Modul Projek Inovasi Komuniti Setempat Melalui Sukan Memanah Sunnah telah meraih pingat emas dan seterusnya di umumkan tempat ketiga kategori aktiviti komuniti dengan membawa pulang RM1,000.

Manakala produk kedua melalui Produk Program Mahdarrah Identification System bersama pelajar-pelajar Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal IBS UUM COB telah mendapat pingat perak dalam pertandingan tersebut. Kedua-dua projek tersebut diketuai oleh Penyelaras Program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA), IBS iaitu Dr. Mohd Shahril Bin Ahmad Razimi.

Projek modul aktiviti komuniti yang telah diperkenalkan iaitu sunnah berlatih memanah telah membantu dalam mengeratkan hubungan komuniti masyarakat surau, madrasah tahfiz dan warga IBS bagi mengamalkan dan mencintai permainan sunnah di samping menyihatkan fizikal dan dapat mengurus konsentrasi, emosi dan mental, ketenangan pengamalnya. Manfaat yang diperolehi sangat baik dari aspek mengurus kerohanian, kesabaran, kesihatan dan keperibadian.

Manakala projek Madharrah Identification System telah diperkenalkan dengan menjadi satu kaedah bagi mengenal pasti aspek-aspek kemudaratan, ketidakpatuhan syariah, elemen maqasid serta dihubungkan terus dengan risiko-risiko yang berkaitan. Projek ini terbukti dapat membantu pengamal dan pemain industri pemprosesan makanan halal dan mengurangkan ketidakpatuhan dalam membuat proses pengelasan. Semoga produk-produk dan projek yang dilakukan dapat ditambah baik untuk kegunaan kajian-kajian yang akan datang dan dapat membantu pengamal industri halal di Malaysia amnya.