English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

NOVAC KEKAL TAHTA UNGGULI ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK UUM COB 2018

on . Posted in News and Bulletin

anugerah badan pelajar 2018Kelab Perakaunan atau NOVAC telah diangkat sebagai kelab terbaik bagi tiga tahun berturut-turut sempena Majlis Anugerah Badan Pelajar UUM COB 2018 atau singkatannya ABP UUM COB 2018.

Acara tahunan anjuran PPA UUM COB yang menghimpunkan 17 Kelab dan Persatuan ini telah berlangsung pada 04 Disember 2018 bertempat di Dewan Angsana, EDC Hotels & Resorts.

Bertemakan "love is in the air", majlis ABP UUM COB kali ini telah menyaksikan 26 anugerah yang merangkumi 10 anugerah utama dan tambahan 16 kategori baharu bagi mengiktiraf pencapaian dan usaha keras setiap kelab dan persatuan di bawah UUM COB.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Rushami Zien bin Yusoff, Penolong Naib Canselor UUM COB.

Dalam ucapan perasmian, beliau turut meluahkan rasa bangga serta berpuas hati terhadap pencapaian kelab dan persatuan di bawah UUM COB. Beliau juga berharap agar lebih banyak projek dan program berimpak tinggi akan dapat dihasilkan pada tahun-tahun berikutnya.

"Melalui penyertaan dalam aktiviti kelab dan persatuan, pelajar dapat membentuk jati diri dan membina 'soft skill' agar menjadi graduan yang berkualiti" ujarnya lagi.

Selain pengikhtirafan kepada kelab dan persatuan, PPA COB juga turut memperkenalkan Anugerah Khas Ikon UUM COB untuk mahasiswa atau mahasiswi UUM COB yang telah mengharumkan nama UUM di persada antarabangsa.

Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Prof. Dr. Ku Nor Izah Ku Ismail, Pengarah Unit Akreditasi AACSB, Dekan-Dekan dari Pusat Pengajian UUM COB, Wakil Dekan PPA UUM CAS, Jawatan Kuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni Pusat Pengajian dan Penasihat-Penasihat kelab UUM COB.


1 Anugerah Khidmat Bakti
• Mohd Hasyraf Bin Harun (MEC)
• Ayub Johari (GBC)
• Ismat Dzakaria (GBC)
• Mohammad Ameerullah b. Salleh (GBC)
• Mohamad I'rfan b. Shahruddin (BGS)
• Amirah Afifah Binti Mokhtar (BGS)


2 Anugerah Khas IKON UUM COB
• Muhammad Taqi'uddin bin Mohd Hamzah (BGS)


3 Anugerah Penasihat Berprestasi Tinggi 2018
• Dr Ruhaida Saidon (ECOSA)
• Dr Mohamad Yazid Isa (IFBA)
• Encik Nizamuddin Zainuddin (Logtrans)
• Encik Mohd Rasul Mohammad Noor (HRMC)
• Dr Mohd Adib Abd Muin (MUADS)


4 Anugerah Khas Program Berpotensi Tinggi (Akademik)
• EconTalk: Child Poverty (ECOSA)
• National Investment Challenge Extravaganza(NICE) (BYIC)
• Kursus Penyembelihan Perdana Muamalat (MUADS)
• The 2nd International HR and Management Innovation & Creativity Competition (HRMC)


5 Anugerah Program Terbaik (Akademik)
Northern Accounting and Business Students Industrial Engagement Summit (NABSIES) (NOVAC)

6 Anugerah Khas Program Berpotensi Tinggi (Sahsiah)
• Seminar Azan (MUADS)


7 Anugerah Program Terbaik (Sahsiah)
• Mahasiswa dan bicara hati - 'Pembentukan Keperibadian Mahasiswa' (IFBA)


8 Anugerah Khas Program Berpotensi Tinggi (Kepimpinan)
• Jihad in Education: Success is yours (MEC)

9 Anugerah Program Terbaik (Kepimpinan)
• 3rd International Accounting Youth Camp 2018 (IAYC) (NOVAC)


10 Anugerah Khas Program Berpotensi Tinggi (Insaniah)
• 3rd Skills Development Workshop 3.0: Sign Language For Creative Minds (HRMC)


11 Anugerah Program Terbaik (Insaniah)
• Iftar For You (IFBA)

12 Anugerah Khas Program Berpotensi Tinggi (Komuniti dan Kesukarelawan)
• HR Community Engagement 3.0 – A Step Closer to Asli Pribumi (HRMC)

13 Anugerah Program Terbaik (Komuniti dan Kesukarelawan)
• Mahasiswa Peduli Asnaf Dirai Masyarakat Disantuni Bersama Myagrosis (MyAgrosis)

14 Anugerah Khas (Pengurusan Sukan)
• Smoke Run (NOVAC)
• Open Traditional Archery Tournament (IFBA)
• Sintok Color Run Challenge year 4: Zombie Run 2018 (Logtrans)


15 Anugerah Khas (Pengurusan Hijau)
• 3TS (Tree, Track, Tag) (IFBA)
• Fabs Go Green Langkawi (FABS)
• International Exchange Student Summer Camp 2.0 2018 (IESSUC) (GBC)


16 Anugerah Khas (Kelab Harapan)
• POM
• MOTIC
• MARC


17 Anugerah Khas Kepimpinan Harapan Berpotensi Tinggi (Siswa)
• Muhammad Ajwad b. Hashim (ECOSA)
• Lingeshweren a/l Vigneshwaran (NOVAC)


18 Anugerah Kepimpinan Harapan (Siswa)
• Muhammad Azharuddin b. Abdullah 246232 (MOTIC)


19 Anugerah Khas Kepimpinan Harapan Berpotensi Tinggi (Siswi)
• Saw Chi Ling (NOVAC)
• Hoo Mei Shuang (LOGTRANS)


20 Anugerah Kepimpinan Harapan (Siswi)
• Nuraqila Yusrah bt. Mohammad Kamarul Shah (NOVAC)


21 Anugerah Khas Kepimpinan Berpotensi Tinggi (Siswa)
• Muhammad Amirul Farid b. Ahmad (IFBA)
• Muhammad Zafrul Hazim b. Zainal Abidin (HRMC )
• Mohamad Yusri b. Hipni (MUADS)
• Ayub b. Johari (GBC )


22 Anugerah Kepimpinan Terbaik (Siswa)
• Thong Wei Shan (LOGTRANS)


23 Anugerah Khas Kepimpinan Berpotensi Tinggi (Siswi)
• Tan Chia Yee (BYIC)
• Nurul Asyiqin bt. Amaludin (MEC)
• Kusnul Kotimah bt. Budi - (GBC)
• Siti Nooratiqah bt. Azman (POM)
• Siti Sarah bt. Mohamad (ECOSA)


24 Anugerah Kepimpinan Terbaik (Siswi)
• Norshahira bt. Shik Nor (FABS)

25 Anugerah Khas Kelab Berpotensi Tinggi
• Kelab Pentadbiran Muamalat (MUADS)
• Kelab Logistik & Pengangkutan (LOGTRANS)
• Bursa Young Investment Club (BYIC)
• Kelab Pengurusan Sumber Manusia (HRMC)
• Persatuan Pelajar Ekonomi (ECOSA)
• Kelab Kewangan dan Perbankan Islam (IFBA)


26 Anugerah Badan Pelajar Terbaik 2018
• Kelab Perakaunan (NOVAC)