English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

PPA COB RAI PELAJAR MOBILITI

on . Posted in News and Bulletin

ppa cob rai pel mobiliti

Majlis Welcoming dan Homecoming Pelajar Mobiliti UUM COB telah berlangsung pada 15 Mac 2019 bertempat di Foyer Bangunan Pengurusan Perniagaan, UUM.

Majlis yang mengumpulkan lebih 60 pelajar ini diadakan bertujuan bagi meraikan kepulangan pelajar UUM COB yang telah menamatkan program mobiliti mereka di dalam dan luar negara untuk sesi A181 serta menyambut kedatangan pelajar mobiliti inbound sesi A182 dari dalam dan negara luar yang telah memilih UUM sebagai universiti pilihan mereka.

Berbeza dengan majlis seumpamanya sebelum ini, acara pada kali ini bersifat lebih santai. Majlis dimulakan dengan acara senamrobik dan beberapa acara sukaneka yang dikendalikan oleh Global Buddies Club.

Yang Berusaha Dr. Muhammad Rosni Amir Hussin, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni dalam ucapannya turut menzahirkan rasa bangga dengan perubahan yang positif dari segi penampilan diri, komunikasi, jati diri dan sahsiah pelajar-pelajar yang mengikuti program mobiliti. Saya berharap kamu semua teruskan menyumbang idea bagi membantu menaikkan nama UUM ". Ujarnya.

Dr. Muhammad Rosni juga telah menyempurnakan acara penyampaian sijil tamat mobiliti kepada pelajar terlibat.
Turut hadir, Dr. Ruhaida Saidon, Penyelaras Praktikum, pegawai dan staf PPA UUM COB.
Habis.

Sumber :PPA UUM COB ONLINE