English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

Bengkel AACSB Standards: Intellectual Contribution (ICs) Maintenance

on . Posted in News and Bulletin

aacsbSetelah mendapat akreditasi AACSB International dengan jayanya pada tahun 2016, UUM kini dalam proses Continuous Improvement Review (CIR).

Sehubungan itu, Unit Akreditasi AACSB UUM COB telah menganjurkan bengkel "AACSB Standards Workshop: Intellectual Contribution (ICs) Maintenance" untuk mengukuhkan kefahaman penjawat UUM COB tentang amalan terbaik dalam proses jaminan kualiti mengikut standard AACSB dan memastikan sasaran yang dikemukakan oleh Peer Review Team (PRT) AACSB pada tahun 2016 dicapai sebelum lawatan PRT seterusnya pada tahun 2021/2022.

Bengkel ini dianjurkan dengan jayanya di EDC Hotel & Resort, UUM sebanyak dua kali iaitu pada 12 Mac 2019 dan 10 April 2019.

Seramai 48 orang peserta termasuk Prof. Madya Dr. Rose Shamsiah Samsudin, Dekan TISSA; Prof. Madya Dr. Nor Hasni Osman, Dekan STML dan Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain, Dekan IBS telah hadir ke bengkel ini yang memberi penekanan kepada Standards 2, 5, 6 dan 15.

Berdasarkan cadangan PRT untuk meningkatkan kualiti Definitions for Faculty Qualifications and Engagement, ahli bengkel telah berbahas tentang kriteria bagi pengukuhan definisi tersebut.

Pada akhir bengkel, definisi untuk Scholarly Academic (SA), Practice Academic (PA) dan Instructional Practitioner (IP) telah ditambahbaik manakala definisi untuk Scholarly Practitioner (SP) telah dikekalkan.

Selain itu, bengkel ini juga memberi pendedahan tentang bagaimana Sistem Sedona dapat membantu dalam laporan Intellectual Contributions (ICs). Para peserta juga telah berkongsi maklumat tentang aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berimpak tinggi yang akan membantu dalam laporan Continuous Improvement Review (CIR).

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin dengan dibantu oleh Dr. Arpah Abu Bakar, Pengarah Unit Akreditasi AACSB (UUM), ahli taskforce AACSB dan Pn. Mardhiah Ismail.