English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

BGS UUM Terima Anugerah Best Practice In Leadership Outstanding Chapter 2019

on . Posted in News and Bulletin

bgs edinBeta Gamma Sigma (BGS) Chapter Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima Best Practice in Leadership Outstanding Chapter Award 2019 pada Majlis Penghargaan Dekan Beta Gamma Sigma sempena Persidangan AACSB International Conference and Meeting (ICAM 2019) di Edinburgh, Scotland, baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarah Beta Gamma Sigma, Prof. Dr. Charles Whiteman dan Ketua Pegawai Eksekutif Beta Gamma Sigma, Christina Carosella kepada Pengarah IPQ, Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar yang mewakili Naib Canselor.

Anugerah tersebut merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada BGS Chapter UUM kerana menjadi satu-satunya Chapter BGS dari Asia yang tersenarai sebagai penerima anugerah Outstanding Chapter 2019 daripada 600 Chapter BGS di 190 negara seluruh dunia.

Pada masa sama, pengiktirafan itu juga membuktikan komitmen BGS Chapter UUM yang tersenarai sebagai Highest Honor Chapter 17-18 dalam memastikan pelbagai peluang disediakan untuk memupuk peningkatan sahsiah diri dan kepimpinan dalam kalangan ahli.

Setiap tahun, BGS mengenal pasti Chapter paling cemerlang bagi kategori Emas, Perak, Gangsa dan Amalan Terbaik (Best Practice) yang telah menunjukkan komitmen dalam memupuk kepimpinan dan kecemerlangan ahli melalui penganjuran program kepimpinan bertaraf antarabangsa, penyertaan di dalam acara tahunan BGS Global Leadership Summit serta penglibatan dengan tokoh korporat dan ahli perniagaan yang terkemuka dalam program-program BGS.

Anugerah ini juga telah melayakkan BGS Chapter UUM menerima Biasiswa Beta Gamma Sigma bernilai USD500 untuk dianugerahkan kepada pelajar BGS yang cemerlang dan berkelayakan.