English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

2019 AACSB INFLUENTIAL LEADER KONGSI ILMU DAN PENGALAMAN KEPIMPINAN

on . Posted in News and Bulletin

raja azura aacsbAlumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Raja Azura Raja Mahyuddin telah berkongsi ilmu dan pengalaman tentang pemimpin dan cabaran masa hadapan dalam Syarahan Perdana Alumni di Dewan Seminar C, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), baru-baru ini.

Dalam syarahan bertajuk 'Leader@Heart' itu, beliau berkongsi tentang kerjaya awalnya dalam bidang audit di pelbagai syarikat terkemuka dan turut menekankan bahawa seorang ketua perlu ada 'survival skill' untuk terus relevan.

"Pemimpin seharusnya mempunyai nilai moral yang tinggi, memantapkan kekuatan dalaman, mengadaptasi perubahan, penguasaan bahasa, karakter yang positif, celik dari segi kewangan dan teknikal selari dengan dunia yang semakin mencabar.

"Takluki ketakutan anda dan teruskan menjadi pejuang," katanya yang hadir ke UUM atas jemputan untuk menerima anugerah 2019 AACSB Influential Leader.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, COB (PPA COB) dengan kerjasama Pusat Alumni, Unit AACSB dan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) itu turut mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar.

Raja Azura merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Perakaunan tahun 1997 dan berpengalaman luas dalam bidang audit. Kini beliau merupakan Penasihat Industri kepada Kelab NOVAC dan membantu menjayakan aktiviti kelab terutamanya menjadi penghubung kepada pihak industri.

Beliau juga adalah penerima Outstanding Alumni Award di atas sokongan yang diberikan.

Source : UUM Online