English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

EDBM Pertingkat Kemahiran Kepengurusan Golongan Pengurusan Pertengahan

on . Posted in News and Bulletin

edbmDalam mendepani persekitaran dan cabaran pengurusan yang semakin kritikal setiap hari, kemahiran kepengurusan memainkan peranan penting bagi memastikan pengurusan pertengahan yang bekerja dapat bersaing dalam apa jua keadaan.

Sehubungan dengan itu, Program Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan (EDBM) telah diwujudkan bagi membantu meningkatkan tahap profesionalisme dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan di tempat kerja masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, program EDBM merupakan program akademik yang dibangunkan khusus kepada golongan pengurusan pertengahan yang bekerja.

Menurutnya, program tersebut menjadi nilai tambah dalam meningkatkan keupayaan kepengurusan dalam setiap graduan yang bekerja dan menjadikan mereka sebagai aset yang bernilai kepada majikan.

Katanya, EDBM UUM merupakan program yang telah mendapat akreditasi daripada MQA yang mana ia akan menjadi saluran kedua kepada graduan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di universiti awam atau swasta.

"Silibus dan stuktur program ditambah baik secara berkala bagi memenuhi keperluan pelajar, majikan dan persekitaran industri yang berubah-ubah.

"UUM menerusi UUM COB akan memberikan komitmen dan iltizam untuk terus membuka peluang akademik kepada golongan bekerja supaya hasrat mereka untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi menjadi kenyataan," katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UUM dengan Angkasa Training Centre (ATC) di Balai Tamu, baru-baru ini.

Beliau berkata, ramai yang berminat untuk melanjutkan pengajian ketika bekerja, justeru program EDBM ini akan memberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu.

Menurutnya, beliau berharap kerjasama antara UUM dan ATC akan diteruskan dengan memasarkan program-program yang berkualiti dan berakreditasi MQA yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) khususnya dan UUM secara umumnya ke pasaran luar agar pelajar berpotensi dapat melanjutkan pelajaran mereka secara separuh masa.

Pada majlis itu menyaksikan Dr. Hendrik yang mewakili Naib Canselor menandatangani MoA tersebut dengan Pengarah Eksekutif ATC, Sugantheran a/l Thangavelu.

Sementara itu, Sugantheran berkata, beliau berterima kasih kepada UUM kerana menjalinkan kerjasama dengan ATC dalam usaha membantu golongan bekerja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Ramai pelajar yang terlibat dengan industri telah menerima manfaat menerusi program EDBM sebelum ini dan UUM telah banyak membantu ATC bagi memasarkan program EDBM kepada orang ramai," katanya.

Sumber : UUM Online