English Arabic Chinese (Simplified) Hindi Malay Thai
A- A A+

Educating tomorrow's business leaders today | FAQs | Support | W3C | Site Map 

BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMENTASI LAPORAN ASSURANCE OF LEARNING (AOL)

on . Posted in News and Bulletin

BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMENTASI LAPORAN ASSURANCE OF LEARNING (AOL)

Bengkel  aacsb1

UUM ONLINE 7-8 JULAI 2020:

Unit Akreditasi AACSB UUM COB telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dokumentasi AoL selama dua (2) hari iaitu pada 7-8 Julai 2020 di Bilik Melaka, Bangunan Pengurusan Perniagaan. Bengkel ini menfokuskan dua (2) buah pusat pengajian di UUMCOB iaitu Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dan Jabatan Perniagaan Antarabangsa (IB), Pusat Pengajian Antarabangsa (IB, SoIS). Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan wakil pensyarah telah menyertai bengkel ini.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu pusat pengajian menyediakan laporan AoL bagi program akademik masing-masing mengikut keperluan standard AACSB.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Arpah Abu Bakar, Pengarah Unit Akreditasi AACSB dan Pengurus-pengurus AACSB, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor, Prof. Madya Dr. Faizuniah Pangil dan Dr. Hasniza Md Taib. UUM kini dalam fasa Continuous Improvement Review (CIR) setelah mendapat akreditasi AACSB pada tahun 2016. UUM akan menerima lawatan audit Peer Review Team (PRT) AACSB pada tahun 2021. Unit Akreditasi UUMCOB giat menganjurkan beberapa siri bengkel berkaitan AACSB 2020 Standards kepada pensyarah UUM dan rakan strategik UUM bagi memastikan proses jaminan kualiti yang berterusan di UUM.